Name: Seni Silat Harimau Bentara Garang Home: Malaysia-Yaman About Me: Blog ini dibina khusus untuk pencinta silat dan peminat Seni Silat Harimau Bentara Garang. See my complete profile
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem.
Fusce aliquam nunc vitae purus.
Khamis, 2009 Disember 17
ASSALAMUALAIKUM
&
WELCOME
TUAN GURU UTAMA (TGU)
Jaafar b Mad Isa
"BERSAMA KE ARAH PERTUBUHAN SENI SILAT HARIMAU BENTARA GARANG MALAYSIA"
Berita Baik Warga Universiti Utara Malaysia (UUM), gelanggang tertutup (khusus untuk warga UUM sahaja) akan dibuka pada 31/12/2009 ini bertempat di Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby & Dewan Penginapan Petronas UUM.Jangan lepaskan peluang hubungi 0135046010 En Abu Handalah B Mohd Yasinuntuk keterangan lanjut. *Masa dan tempat akan diupdate dalam masa terdekat
Tahniah, Mabruk Alfu Mabruk. Tanggal 17hb Disember 2009Ust Azam(Jurulatih)digelanggang UUM/Yemen telah berjaya mendapatkan tempat untuk menyambung pelajaran peringkat Master di Universiti Malaya. Beliau turut diberitakan akan membuka gelanggang di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Sama2lah kita mendokan kejayaan beliau. Bi Taufiq InsyaAllah.
Berita Baik warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah Mergong (SMKAK).Gelanggang tertutup (khusus utk warga SMKAK) akan mengambil ahli baru untuk sesi 2010. Sila berhubung dengan gurulatih Naza untuk keterangan lanjut 0124073124
Berita Baik warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Gelanggang tertutup (khusus utk warga UKM sahaja) akan dibuka tidak lama lagi, InsyaAllah. Pihak kami hanya menunggu proses pendaftaran dengan kelab pelajar di sana. Sama2 kita doakan berjalan lancar untuk kita sama2 mewarisi seni silat kita.
Berita Baik Warga Universiti Utara Malaysia (UUM), gelanggang tertutup (khusus untuk warga UUM sahaja) akan dibuka pada 31/12/2009 ini bertempat di Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby. Jangan lepaskan peluang hubungi 0135046010 En Abu Handalah B Mohd Yasinuntuk keterangan lanjut.
SyafahuAllah. Marilah kita sama2 mendoakan kesihatan ketua jurulatih yaman En Amir pulih semula. Beliau diberitakan diserang sakit ghout semula (beliau mendapat sakit ini sejak di Malaysia lagi).
Pendaftaran Ahli Gelanggang Jaulah Mazbah Yemen. Maklumat lanjut hubungi Kelab Sukan dan Rekreasi Persatuan Pelajar Malaysia Yemen @ Universiti Teknologi Mara cawangan Yemen (Ketua Jurulatih En Amir-pensyarah)
Selamat datang blogger Anas Fikrie Bin Mohd Zahir yang menyertai team blog Harimau Bentara Garang. Moga kreativiti yang dimiliki beliau dapat memeriahkan dan mempertingkatkan ilmu para pencinta seni silat.* Karya beliau terbaru klip 1 Harimau.
AKAN DATANG !!!
Kejohanan Seni Silat Harimau Bentara Garang
Majlis Istiadat Seni Silat Harimau Bentara Garang
Bengkel Tongkat Ampuh dan Tekpi bersama Tuan Guru Utama (Guru Tekpi P.Ramlee dalam Filem pendekar 6 Jahanam & pelakon dalam Loceng Maut)- Maklumat lanjut hubungi: En Mohammad Naim b Hj Abd Halim 0195661901.
Pemilihan 25 pendekar 25 senjata di IPTA/S tempatan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Latihan jurulatih induk di Universiti Utara Malaysia (bersama Tuan Guru Utama, Gurulatih Mohammad Naim dan Gurulatih Naza (parang panjang & tongkat).
Projek Amal fan club Malaysia dan fan club Yemen.
Kempen Derma Darah
Majlis Ibadat Korban
video pendekar SMAD
Perhatian kepada pelajar SMAD sshbg SMAD akan mengadakan progam di UUM.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
(FURTHER INFORMATION PLEASE CALL OR EMAIL TO) BLOGGERS
* Blog ini adalah bertujuan merapatkan hubungan sesama pencinta silat dan mereka yang meminati aliran persilatan Seni Silat Harimau Bentara Garang. Anda berminat untuk menyumbang bahan atau ada memori lama bersama TGU atau yang relevan emailkan kepada pihak kami. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 00:19
Doa akhir & awal Tahun
Selasa, 2009 Disember 15
Bacaan selepas solat Asar
Bacaaan selepas solat Maghrib
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 17:26
Rahsia Taugeh
Ahad, 2009 Disember 13
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kalidipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yanglangsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukupberkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar,pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapatmeningkatkan kepadatan dan susunan tulang,serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge,menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulantaugemerupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjangutama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi,
JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 22:33
1 harimau
Jumaat, 2009 Disember 11
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 22:50
Salam pendekar
Rabu, 2009 Disember 02
Buat Kekanda
Pendekar Sang saka
*******
Alor Merah gelanggang lama
Gelanggang budaya kita menjerih
apa gerangan kekandaku yang tua
bermadah tingkah tiada berkasih *******
Sunyi sepi tiada alunan
Pendekar lama menggenggam berpeluk
barang wujud tiada berkenan
buka tarimu kita bertepuk *******
Keris kuusap bersulam doa
pecah tariku tiada bersenjata
buka langkahmu pemula bicara
kita merapat melangkah bersua *******
Lela Sembah Lela Serang
Bertapak menanti bukan sebarang
gerangan apa mendampingmu diseberang
kerna kulihat langkahmu sumbang *******
Pinang Sepiak berbuah rapat
Lalu rusuk damping ke dalam
Biar kubisik satu kalimat
Kelak langkahmu tiada berdendam *******
Fitnah dusta mainan lama
Berbuahlah pisang tiga kali
Renung dan takafurlah bak pendita
ikut rasa binasa ikut hati mati *******
Tukar tapak bertepuk peha
kulepas penangkap lehermu kekanda
Pecahlah tapak tarilah semula
Firasatku tuan bukan calang orangnya *******
Senggelek bekalan guru bestari
kututup tari sepuluh jari
undur bertapak merendah diri
sila bersalam senyum dihati
oleh: BentaraGarang
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 17:57
KIAMAT 2012..SATU LAGI KEKELIRUAN
Selasa, 2009 Disember 01
Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. .......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012...
" Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
Adapun teks arabnya atau Matannya sebegini:
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال " يكون صوت في رمضان , ومعمة في شوال , وفي ذي القعدة تحازب القبائل , ويومئذ ينتهب الحاج , وتكون ملحمة عظيمة بمنى يكثير فيها القتلى , وتسيل فيها الدماء وهم على عقبة الجمرة " حديث ضعيف وعن بن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إذا كانت صيحة في رمضان فإنه يكون معمعة في شوال , وتمييز القبلائل في ذي القعدة , وتسفك الدماء في ذي الحجة , المحرم وما المحرم ؟ ! – يقولها ثلاثا – هيهات هيهات , يقتل الناس فيها هرجا هرجا ( أي قتلا ) قال : قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى ؟ قال: هدة في النصف من رمضان ليلة جمعة , في سنة كثيرة الزلازل , فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة فادخلوا بيوتكم , وأغلقوا أبوابكم , وسدوا كواكم , ودثروا أنفسكم , وسدوا آذانكم , فإذا أحسستم بالصحية فخروا لله سجدا , وقولوا : سبحان القدوس , سبحان القدوس , ربنا القدوس , فإنه من فعل ذلك نجا , ومن لم يفعل ذلك هلك
Diriwayatkan dalam Musnad As-Syasyi no: 837 (2/263):- حدثنا إسحاق بن إبراهيم قال حدثنا أحمد بن الحسن حدثنا نعيم بن حماد حدثنا أبو عمر عن ابن لهيعة حدثني عبد الوهاب بن حسين عن محمد بن ثابت عن أبيه عن الحارث عن عبد الله عن النبي صلى الله عليه وسلم
Diriwayatkan dalam Majma' Az-Zawa'id (7/310) dan Tabrani dengan sanad:- dalam sanad2 tersebut ada Shar bin Husyab yang dinilai dho'if dan Al-Buhtari yang majhul (tidak dikenali)
Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Mustadrak (4/563) dengan sanad dari Na'im bin Hamad:- ما أخرجه الحاكم في مستدركه ( 4/ 563 ) من طريق نعيم بن حماد عن أبي وهب عن مسلمة بن علي عن قتادة عن ابن المسيب عن أبي هريرة .
Di dalam sanad tersebut ada Maslamah bin Ali yang dinilai sebagai Matruk (tidak diriwayatkan darinya)
Diriwayatkan oleh Imam As-SYafi'e dalam Musnadnya (2/262) dari Nu'aim dari Abu Umar dari Ibn Lahi'ah dari Abdul Wahab bin HUsein dari MUhammad bin Thabit dari ayahnya dari Al-Harith daripada Abdullah ibn Mas'ud.
Abdul Wahab bin Husein itu Majhul Muhammad bin Thabit dinilai sebagai dho'if (lemah hafalan) begitu juga Al-Harith Diriwayatkan oleh Nu'aim dalam Musnadnya (1/225) dari Abi Lahi'ah dengan sanad dho'if Begitu juga dengan jalan Al-Walid dari Ibn Yazid dari qatadah sedangkan Al-Walid di situ Mudallis (mengelirukan)
Begitu juga dengan sanad2 lain yang lemah dan ada yang palsu... Ini menunjukkan hadith ini sangat lemah dari sudut sanad. Adapun tentang ramalan, maka ia mungkin berkaitan dengan Planet X atau Bintang Nibiru yg akan berlanggar dengan bumi dan sebagainya. Wallahu a'lam...
Imam AL-Qurtubi berkata: إن ما أخبر به النبي صلى الله عليه وسلم من الفتن والكوائن أن ذلك يكون، وتعيين الزمان في ذلك من سنة كذا، يحتاج إلى طريق صحيح يقطع العذر، وإنما ذلك كوقت قيام الساعة، فلا يعلم أحد أي سنة هي، ولا أي شهر.
Maksudnya: Apa riwayat daripada Rasulullah s.a.w. tentang fitnah dan perkara2 yg bakal berlaku, pengkhususan masa berlakunya pada tahun tertentu, maka ianya memerlukan kepada sanad yang sahih untuk menyanggah keuzuran (tohmahan terhadap kebenaran peristiwa tersebut). Ia seperti waktu berlakunya kiamat, maka tiada orang yang tahu pada tahun bila mahupun pada bulan berapa... (rujuk buku At-Tazkirah) Wallahu a'lam....
JAWAPAN 1
terdapat pelbagai versi tentang 2012, tetapi yg paling jelas ianya berkaitan dengan kalendar Mayan yang akan berakhir pada tahun tersebut. (sehingga dijadikan cerita yang kalau diperhalusi boleh menjejaskan akidah umat Islam / penghinaan). menurut kalendar Mayan, pada 21-12 2012, akan berlakunya susunan galaksi secara selari (parallel galactic alignment) yang menyebabkan bencana besar akan berlaku. Ini adalah mitos oleh org2 barat. Berdasarkan kajian, terdapat segelintir kaum Maya di pergunungan Guatemala tidak pernah mengaitkan kitaran kalendar mereka dengan bencana ini. Tentang Planet X @ Nilbiru dikaitkan dengan bencana tersebut, (turut diramalkan pada 1995, 2003) terbukti sbg maklumat yg tidak sahih. Idea ini adalah berdasarkan kumpulan New Age Circle yang mengaitkan diri mereka dengan makhluk asing dari planet tersebut.
Kiamat adalah sesuatu yang pasti. Persoalan bila adalah bukan untuk kita fikirkan, itu rahsia. Yang penting kita beribadat dan melaksanakan suruhanNya.
JAWAPAN 2 Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 21:35
Relaks
Isnin, 2009 November 30
Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!! Suami:Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni..
Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba âtiba si suami memanggilnya semula.... Suami : Nak pergi mana? Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi! Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu! Isteri : @#%$*!?>/&$(%#@#@$%&^%
Relaks Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.
Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.
Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.
Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.
Apabila ditanya, si suami menjawab : "Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 22:30
Iklan Temuduga terbuka untuk 3 jawatan utama..sila warwarkan
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN: A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal.. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan gred A): 1. Nikmat kubur.. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar.. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA : Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN : Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Anda tidak perlu bawa sebarang surat sokongan jawatan
Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR : 1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI : Hadis diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
cepat sebelum tawaran ini datang kepada anda...
waspada.....
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 01:43
Relax
Sabtu, 2009 November 28
He was in the pub yesterday when he suddenly realized that he desperately needed to fart.
The music was really, really loud, so he timed his BIG farts with the beat.
After a couple of songs, he started to feel better.
He finished his pint and noticed that everybody was staring at him. Then he suddenly remembered that he was listening to his iPod.
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 18:39
Matahari
Subhanallah……
Matahari dari dekat (5,000 KM)
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope
Sebagai Renungan: Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,
tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya
secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 18:02
p
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 17:54
From The Silly Little Book of ....
"Ann!" the teacher shouted one day at the girl who had been daydreaming. "If India has the world's
second largest population, oranges are 50 pence for six, and it costs GBP3 for a day return to Exeter,
how old am I?"
"32!"
"Why did you say that?"
"Well, my brother's 16 and he's half mad!"
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 17:22
Sesuatu yang baik untuk di renungkan bersama.....
Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara mereka masih hidup..
Bila seronok, aku cari.... pasanganku -Bila sedih, aku cari..... Mak -Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku -Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak -Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku -Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku -Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku -Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak -Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku -Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu" -Selalu.. aku ingat pasanganku -Selalu.. Mak ingat kat aku -Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku -Entah bila... aku nak talipon Mak -Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku -Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak -Renungkan: -"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... -bolehkah kau kirim wang untuk Mak ? - Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". -Berderai air mata jika kita mendengarnya. ....... -Tapi kalau Mak sudah tiada....... ... - MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... -Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... -berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... .. -berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya..... -berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... . -berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... -berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... -Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 04:13
Pantun 2 generasi
Pantun Dua Generasi
(Lanjutan Pantun Berkasih Hati Bartaut)
*******
Pendekar Sang saka..
Sampan kotak megapa dikayuh
Hendak belayar ditanah seberang
Patah kepak bertongkatkan paruh
Pantang menyerah dtgh gelanggang
*******
Bentara Garang…
Hujan pagi bawa ke petang
gelap langit kan cerah jua
madah tuan bukan sebarang
bulat kata InsyaAllah berjaya
*******
Pendekar Sang saka..
Jgn nangis mendam kecewa
Kekasih hati lari ke pekan
semangat ku pangkis dlm dada
Tidak ku gentar dibarisan hadapan
*******
Bentara Garang…
Biar lari kekasih hati
kuusap hati kubelai jiwa
perjuangan tulus tak pernah mati
ikhlas berbakti dirahmati yg Esa
*******
Pendekar Sang saka..
Manis Dipandang Mulut Menyebut
Bukan Lupa Nak Myahut
keris Dipinggang Lagi Kurebut
inikan Pula Berada Dmulut
*******
Bentara Garang…
Bermain keris jantan betina
dihunus lembut seni beralun
langkah bersukat aturan dijaga
sila bergelanggang bertapak bersusun
*******
Pendekar Sang saka..
Marah Kita Marah Berpada
adap Sopan Mesti Dijaga
walau Ilmu Penuh Ddada
kpd Allah Berserah Jua
*******
Bentara Garang…
keris berluk selinap bisa
ku sarong kembali bertutup tari
marah tiada dek sopan berbahasa
salah silap harap dimaafi
***********
sesi ini via sms di satu sore musim tengkujuh 2009
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 04:11
Pantun 3 Generasi
Pantun Berkasih Hati Bertaut
(buat semua anak murid
Tuan Guru Utama Jaafar b Mat Isa)
**********
Patah sayap bertongkat paruh
terbang tinggi mencecah awan
usah merajuk menghilang menjauh
mari kupujuk kembalilah persaudaraan
************
Pinang sepiak permainan lama
buah senggelek bekalan panglima
buangkanlah keroh barang yang lama
ukirlah senyummu lapangkanlah dada
************
Tekpi raja segala senjata
tujuh permainan berlainan bangsa
di kala ini kami berdoa
utuhkanlah ukhuwah juga iman di dada
**************
Murid lama murid baru
tiada beza kita seguru
mohon kami merendah mengadu
perlangkahan kami perlu dibantu
**************
Batuk Jerung Senai Putih
Tapak 12 warisan bentara
Salam di hulur ingin berkasih
sudilah kiranya kembali bersama
Oleh:
Bentara Garang
13/9/2009
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 03:30
Kesan Zikir Terhadap OTAK
Sabtu, 2009 November 21
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
dipetik dari : www.halaqah.net
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 19:15
Selasa, 2009 November 17
Salam All Another bit to be shared..... Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.
Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.
Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.
Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.
Apabila ditanya, si suami menjawab : "Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 23:28
TRUE INSPIRING STORY.. WHEN A LIZARD CAN, WHY CAN'T WE?. This is a true story that happened in Japan.
In order to renovate the house,
someone in Japan breaks open the wall.
Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls.
When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there
because a nail from outside hammered into one of its feet.
He sees this, feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail,
it was nailed 5 years ago when the house was first built !!!
What happened?
The lizard has survived in such position for 5 years!
In a dark wall partition for 5 years without moving, it is impossible and mind-boggling.
Then he wondered how this lizard survived for 5 years! without moving a single step--since its foot was nailed!
So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and what and how it has been eating.
Later, not knowing from where it came, appears another lizard, with food in its mouth.
Ah! He was stunned and touched deeply.
For the lizard that was stuck by nail, another lizard has been feeding it for the past 5 years...
Imagine? it has been doing that untiringly for 5 long years, without giving up hope on its partner.
Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a brilliant mind can't.
Please never abandon your loved ones Lesson from the Story:
Never Say you are Busy When They Really Need You ...
You May Have The Entire World At Your Feet. But You Might Be The Only World To Them..
A Moment of negligence might break the very heart which loves you thru all odds..
Before you say something just remember.. it takes a moment to Break but an entire lifetime to make...
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 23:25
Universiti Oxford
Oleh ANUAR AHMAD
KALI pertama 'mengenali' Universiti Oxford ialah semasa ayah penulis membeli set peralatan geometri untuk mata pelajaran matematik sewaktu darjah empat dahulu. Di luar kotak geometri itu terdapat lambang dan nama universiti tersohor ini.
Sejak itu cerita kehebatan universiti ini mula penulis kutip sedikit demi sedikit. Pernah guru penulis berkata, Universiti Oxford hanya untuk anak-anak raja sahaja. Anak petani dan nelayan walaupun pandai belum layak belajar di sana. Mungkin itu adalah kata-kata dorongan dari seorang guru.
Minggu lalu penulis berkesempatan ke bandar akademik ini - lawatan keempat ke sana. Perjalanan ke Universiti Oxford mengambil masa sejam dari stesen kereta api Paddington, London. Pelawat juga boleh menaiki bas ekspres dari stesen Victoria, London ke bandar Oxford. Ia mengambil masa sekitar dua jam.
Oxford merupakan universiti terbaik di Britain dan antara tiga universiti ulung dunia selain Universiti Harvard dan Universiti Cambridge.
Bagaimana institusi akademik yang dibina sejak 1096 ini masih berjaya mempertahankan keunggulan selama lebih 900 tahun? Apakah rahsia dan strategi pihak pentadbir?
Penulis ke sana kerana memenuhi jemputan rakan sepengajian yang kini mengajar di Oxford. Ada beberapa perkara yang boleh dijadikan pengajaran untuk kita gunakan bagi meningkatkan keunggulan universiti kita.
Pertama, Oxford merupakan universiti yang berteraskan penyelidikan. Malah aktiviti utama pensyarahnya ialah menjalankan penyelidikan. Pelajar juga belajar melalui proses penyelidikan dengan seliaan tutor akademik atau "Don". Hampir semua pensyarah mempunyai geran dan mendapat dana penyelidikan luar selain yang disediakan oleh pihak universiti.
Melihat kepada senarai bidang penyelidikan yang telah dan sedang dilakukan, kebanyakan kajian mereka bersifat inovasi terutama di dalam bidang-bidang baru. Pihak universiti dengan kerjasama sektor korporat nampaknya tidak takut untuk memberikan geran penyelidikan kepada bidang kajian yang masih baru dan belum pasti boleh dikomersialkan.
Tradisi ini sudah lama di Oxford. Lihat sahaja bagaimana penciptaan antibiotik penisilin di makmal patologi universiti ini pada 1928 oleh Sir Alexander Fleming - pakar bidang antibakteria. Ketika awal kajian, tiada siapapun menyangka bahawa ciptaan itu akan berjaya menyelamat nyawa jutaan manusia.
Laporan kewangan tahunan pada 2006 menunjukkan penjanaan geran penyelidikan Oxford mencecah lebih RM1.3 bilion. Ia tidak termasuk dana kerajaan Britain yang berjumlah hampir RM700 juta.
Pendapatan keseluruhan universiti ini pada 2006 melebihi RM3.8 bilion. Manakala pendapatan keseluruhan 38 kolej pengajiannya pula berjumlah hampir RM900 juta.
Kedua, sistem pengajaran di Oxford sangat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh kebanyakan universiti di negara lain termasuk Malaysia. Universiti Oxford dan Cambridge sejak ratusan tahun lalu masih mengekalkan kaedah pengajaran tutorial bersemuka antara seorang pensyarah dengan seorang atau sekumpulan maksimum empat pelajar.
Pelajar di universiti ini perlu mempunyai tahap pemikiran yang tinggi untuk membuat penjelasan kepada pensyarahnya tentang projek penyelidikan mereka. Pelajar perlu bersedia mengolah teori, memberikan bukti serta mempertahankan penemuan mereka di depan penyelia mereka.
Menurut rakan penulis, bilangan helaian tugasan bukan sesuatu yang penting tetapi idea serta keupayaan mempertahankan idea lebih diberikan keutamaan. Budaya intelektual ini sebenarnya menajamkan daya pemikiran pelajar.
Ketiga, Universiti Oxford terbina di bandar Oxford. Hubungan universiti dan masyarakat sangat akrab. Kita hampir tidak dapat membezakan di jalanan antara pelajar dan penduduk bandar ini. Perbezaan yang ketara mungkin daripada segi umur sahaja. Kedaikedai kecil di Queen Street misalnya dipenuhi oleh pelajar di waktu tengah hari dan lewat petang.
Masyarakat sekitar memberikan sokongan kepada aktiviti akademik dan bukan akademik. Misalnya persembahan teater pelajar turut ditonton oleh pensyarah dan penduduk sekitar. Begitu juga program seminar dan diskusi. Bukan sahaja dihadiri oleh ahli akademik dan pelajar tetapi juga turut dihadiri oleh penduduk di sana.
Keempat, Universiti Oxford sebenarnya terdiri daripada 38 kolej pengajian. Mungkin berbeza dengan IPTA Malaysia yang menggunakan sistem fakulti atau sekolah pengajian. Melalui sistem desentralisasi pentadbiran kolej pengajian, universiti ini berjaya berkembang dengan baik.
Setiap kolej mempunyai sistem pentadbiran autonomi sendiri di dalam menguruskan pentadbiran dan kewangan. Kolej Merton, Kolej St Mary dan Kolej Magdelan adalah antara kolej yang paling tua. Sementara Kolej St John dikatakan kolej yang paling banyak simpanan dana.
Hampir satu pertiga bangunan di bandar Oxford dikatakan milik kolej ini. Hasil sewaan dan pajakan hartanah ini menjadi punca utama dana untuk Kolej St John menjalankan penyelidikan dan tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang.
Pada yang pernah menonton filem Harry Potter, anda akan sempat melihat adegan di dewan utama Kolej Christ Church yang dikatakan dewan besar yang paling cantik di Universiti Oxford.
Kelima, jika kita berjalan kaki dari kolej ke kolej pengajian, kita akan melihat bagaimana tradisi dipelihara dan dijaga dengan begitu baik. Hampir semua bangunan kolej yang berusia ratusan tahun dikekalkan seperti binaan awal.
Cuma bahagian dalam bangunan dimodenkan. Kita tidak akan melihat papan tanda bersaiz besar sehingga melindungi dinding bangunan kolej. Cukup sekadar sekeping plak tembaga di sebelah pintu masuk utama kolej sebagai tanda kepada pelawat.
Bagaimanapun perubahan dilakukan dengan begitu hebat di bahagian dalam bangunan. Hampir semua bangunan dilengkapi dengan sistem keselamatan terkini. Begitu juga dengan sistem ICT dan juga kemudahan untuk pensyarah dan pelajar.
Mungkin pesanan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tradisi dijunjung, perubahan dizahirkan menepati sekali dengan apa yang dilakukan oleh pentadbir Universiti Oxford!
Seperkara lagi, banyak tradisi serta penekanan kepada etika menjadi keutamaan kepada universiti ini. Misalnya jamuan tahunan setiap kolej dihadiri oleh kerabat diraja Britain dan duta asing.
Begitu juga dengan beberapa acara tahunan seperti pertandingan kriket antara kolej serta mendayung kayak. Banyak lagi tradisi seumpamanya dikekalkan sejak ratusan tahun dahulu.
Tidak sah kalau lawatan ke Universiti Oxford ini jika tidak menjejakkan kaki ke kedai buku utama penerbit Blackwell. Sesiapa yang pernah ke kedai buku ini pasti kagum dengan jumlah buku yang dijual. Ratusan ribu buah dalam pelbagai bidang ada di sini. Seharian berada di kedai buku ini sememangnya tidak cukup khususnya kepada peminat buku akademik.
Selain itu universiti ini juga mempunyai sistem arkib buku terbesar di Britain. Terdapat gedung stor buku yang dibina di bawah bumi Oxford. Semua penerbit buku terkemuka dunia akan menghantar senaskhah buku untuk disimpan di gedung ini.
Pihak arkib terpaksa membina sistem landasan kereta api tersendiri untuk kakitangannya berulang alik mendapatkan buku yang dipesan oleh pelanggan arkib.
Jika anda berhajat untuk meminjam buku di gedung buku ini, anda perlu menunggu di kaunter sekurang-kurang enam jam untuk menerima buku yang dipesan!
Pemerhatian yang terakhir ialah berkaitan aktiviti pelajar. Di luar dewan kuliah, pelajar giat menganjurkan pelbagai aktiviti ilmiah seperti debat dan seminar.
Mereka juga giat menganjurkan teater dan drama di hujung minggu. Selain itu kegiatan amal turut mendapat sambutan.
Sepanjang setahun lalu, persatuan pelajar Oxford telah menganjurkan siri ceramah oleh ahli politik Britain, para duta, bekas perdana menteri dan juga presiden dari negara serta tokoh-tokoh dunia korporat yang berjaya. Semuanya diuruskan sendiri oleh para pelajar.
Bagaimana dengan persatuan pelajar kita? Apakah bentuk aktiviti mereka? Apakah aktiviti yang dilakukan bagi menyokong pembudayaan intelektual mahasiswa?
Universiti Oxford telah melahirkan begitu ramai tokoh yang mempengaruhi perjalanan sejarah dunia sejak dahulu. Nama-nama seperti Bill Clinton, Indra Ghandi, Stephen Hawking, Rupert Murdoch dan ramai presiden di Eropah, Asia dan Afrika.
Universiti ini juga menghasilkan 47 penerima Hadiah Nobel, 25 orang Perdana Menteri Britain, lebih 30 perdana menteri dan presiden pelbagai negara, puluhan sasterawan dunia seperti John Fowles, Evelyn Waugh, Lewis Caroll dan Plum Sykes.
Selain itu ia juga menghasilkan ribuan saintis, pakar ekonomi, usahawan dan jurutera terhebat bertaraf dunia.
Usia universiti kita memang jauh lebih muda daripada Oxford. Jadi tidak rugi jika laluan dan pengalaman mereka kita analisis dan tiru. Jika Universiti Oxford berjaya mengekalkan keunggulan hampir 900 tahun, maknanya tradisi mereka sememangnya sudah teguh dan terbukti.
Tentunya kita juga ingin membina tradisi keilmuan di IPTA negara ini, maka apa salahnya jika sekali sekala menoleh ke Barat untuk mempelajari rahsia kejayaan mereka.
PENULIS ialah Timbalan Pengarah Akademik Kolej, Pusat Perkembangan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 23:20
Iqra: Mengenali ancaman Yahudi, Freemason
Isnin, 2009 November 16
Nama Buku: Gerakan Freemasonry - Musuh dalam Menghancurkan Islam Pengarang: Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa Penerbit: Hijjaz Records Publishing Pengulas: Muhd Yusuf Abu Bakar.
BAGI mereka yang ingin mengetahui komplot Yahudi memerangi musuh terutama Islam, buku mengenai Freemason dan Zionis tentunya menjadi kitab wajib untuk diteliti bagi mengetahui gerakan dan dakyah secara sulit atau terangan yang dilakukan untuk melemahkan pengaruh umat goyim (bukan Yahudi) di bumi ini.
Buku Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam yang ditulis oleh Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa mempunyai jawapan yang lengkap mengenai persoalan berkenaan. Pengarang memberi maklumat lengkap berserta nota kaki yang panjang mengenai pengertian, prinsip, matlamat dan cabang gerakan Freemason yang berakar umbi sejak abad 17 lagi.
Pengarang membuat rujukan lengkap terutama dari makalah dan buku dalam bahasa Arab bagi menguatkan hujah mengenai gerakan berkenaan yang bermula di Britain sehingga berkembang di Amerika Syarikat yang kini menjadi pusat utama gerakan Freemason yang bermatlamat menguasai kerajaan di dunia ini supaya patuh kepada telunjuk Yahudi.
Malah pengarang turut mengaitkan meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua dicetuskan oleh kelompok Yahudi sebagai laluan bagi penubuhan negara Yahudi di tanah Arab yang akhirnya dunia selepas Perang Dunia Kedua terpaksa tunduk bagi penubuhan negara Israel.
Buku ini turut mengemukakan hujah mengenai perbezaan dan persamaan antara Zionis dan Freemason, yang kedua-duanya bergerak serentak bagi mengekalkan penguasaan Yahudi para peringkat antarabangsa melalui penguasaan ekonomi, politik dan media. Malah senarai panjang mengenai syarikat Yahudi yang menguasai ekonomi, perbankan, media dan kemasyarakatan turut disertakan untuk rujukan pembaca.
Dalam pada itu pengarang buku ini, turut membuat kajian teliti mengenai peranan Freemason dalam menjatuhkan Khalifah Islamiah Uthmaniah di Turki sehingga berjaya mengangkat Mustafa Kamal Attaturk yang didakwa berketurunan Yahudi, sehinggakan Turki terus berubah dari negara Islam kepada sekular. Peranan Kamal Attaturk memusnahkan sistem Khalifah Islam di Turki dengan memperkenalkan pembaharuan dan pemodenan diberi gambaran jelas, sehingga menyebabkan umat Islam di seluruh dunia kehilangan tonggak kepemimpinan Islam sehingga kini masih dirasai.
Mungkin kesilapan pengarang menggunakan gambar masjid berkubah kuning sebagai masjid al-Aqsa, sedikit mengelirukan pembaca. Sebenarnya, gambar masjid berkubah kuning yang sering ditonjolkan media antarabangsa di bawah pengaruh Yahudi sebenarnya bukan Masjid al-Aqsa, walaupun terletak dalam kompleks Masjid al-Aqsa. Sebaliknya masjid al-Aqsa sebenarnya, cuba dihilangkan dari pandangan masyarakat Islam melalui momokan media antarabangsa bagi membolehkan agenda buruk mereka memusnahkan masjid berkenaan tercapai.
Apapun, buku ini menarik untuk dibaca dan banyak maklumat terkini boleh dikutip bagi mengingatkan masyarakat Islam mengenai musuh yang tidak pernah berputus asa untuk menghancurkan Islam, sejak dulu sehingga kini, sehingga Allah menghentikannya.
Sumber: Berita Harian
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 17:08
Membataskan sumber hukum rugikan umat Islam
Perbezaan pendapat hasil kajian, penyelidikan boleh pertingkat ilmu pengetahuan ummah
TINDAKAN mengehadkan sumber hukum hanya akan menyempitkan pandangan terhadap syiar Islam dan membantutkan penyuburan ilmu, sedangkan Islam menggalakkan umatnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya, berkata sikap membataskan pandangan terhadap sumber hukum juga akan merugikan umat Islam.
Katanya, perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan umat Islam mempelajari lebih banyak perkara serta menghasilkan ketetapan memberi manfaat untuk kemajuan ummah.
"Islam sendiri membenarkan perbezaan pandangan atas perkara tertentu dan ia hendaklah dilakukan mengikut caranya. Jangan pula apabila berbeza itu kita mendabik dada mengatakan kita lebih baik dan mencemuh orang lain.
"Dalam bab hukum ini, jika hendak faham belajarlah usul fiqh," katanya pada seminar dakwah Memperkukuhkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Isu dan Cabaran Semasa anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar al Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, baru-baru ini.
Beliau berkata, jika semua boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pandangan dalam hal membabitkan amalan agama dengan hati terbuka, maka tidak timbul sikap perselisihan hingga boleh memecahbelahkan umat Islam seperti berlaku hari ini.
Hashim berkata, dalam masalah cabang yang menjadi amalan umat Islam ada yang tidak mempunyai dalil khusus tetapi hujah berpandukan kepada dalil umum yang dikembangkan dan disusun dengan sempurna oleh ulama nusantara.
Antaranya, amalan berwirid selepas solat yang dikatakan tidak dibolehkan kerana Rasulullah SAW tidak melakukannya sedangkan Baginda menyuruhnya kerana amalan baik memang digalakkan.
Mengenai susunan zikir pula, Hashim berkata, ia adalah ijtihad ulama yang menyusunnya dengan tujuan memudahkan masyarakat umum yang mungkin tidak tahu apa hendak dibaca untuk meningkatkan amalan serta mendekatkan diri kepada Allah.
Begitu juga katanya, dengan amalan lain yang dikatakan tidak dilakukan Rasulullah SAW tetapi ulama melihat akan kebaikannya untuk mengembalikan dan mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam.
"Tidak ada dalil khusus tetapi ada dalil umum, jadi jangan terkeliru kerana ini akan merugikan umat Islam. Perlu faham kenapa ada galakan membaca Yasin yang menjadi amalan sejak dulu, kerana ketika Islam mula datang tidak ramai boleh membaca al-Quran.
"Jadi ulama kata, mari kita berkumpul dan baca ayat al-Quran iaitu surah Yasin. Jika dihalang, apa yang hendak dibaca jika yang dia tahu hanya surah Yasin. Sekurang-kurangnya ada ayat al-Quran yang dia boleh baca dan janganlah kata amalan itu bidaah," katanya.
Beliau berkata, perbezaan pandangan berkaitan perkara cabang dalam amalan agama jika dijadikan bahan untuk diperbahaskan hingga kiamat tidak akan selesai dan sebaiknya tenaga itu sepatutnya ditumpukan ke arah membanteras kemungkaran yang lebih jelas.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Abdul Halim El-Muhammady, berkata gerakan aliran tidak bermazhab sudah bertapak di negara ini hampir satu abad tetapi tidak nampak sumbangan mereka dari sudut keilmuan dan pembangunan masyarakat.
Katanya, disebabkan tiada hasil karya ilmu berwibawa dan muktabar daripada golongan aliran tidak bermazhab menyebabkan ia tidak dapat diterima dalam arus perdana sama ada pada peringkat pemerintah atau masyarakat.
"Aliran tidak bermazhab ini sebenarnya tidak mempunyai asas kuasa yang kuat dari sudut keilmuan atau tidak cukup wibawa ulamanya jika dibanding dengan ulama beraliran mazhab serta karya mereka.
"Malah, aliran ini juga tidak berlaku dalam pengalaman negara Islam selepas penerimaan mazhab tertentu dalam masyarakat. Arab Saudi masih bermazhab Hambali, Turki dan Pakistan bermazhab Hanafi sementara Libya dan Tunisia bermazhab Maliki," katanya.
Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pengaruh Fiqh Mazhab Syafie Dalam Pemikiran Masyarakat Melayu di Malaysia dan Cabaran Masa Kini' menjelaskan cabaran berlaku terhadap mazhab Syafie melalui tiga gelombang.
Gelombang pertama berlaku pada 20-an dan 30-an apabila golongan muda cuba mengemukakan idea baru yang berbeza dengan pegangan sedia ada oleh pelajar yang melanjutkan pengajian di Arab Saudi, Mesir dan India kerana terpengaruh pemikiran gerakan Islam di sana.
Usaha itu kemudian disambung gelombang kedua yang berlaku antara 1940-an dan 1960-an yang banyak menumpukan persoalan khilafiyyah lebih khusus hingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat awam tetapi ulama akhirnya sepakat bersetuju dengan pendirian ulama aliran mazhab Syafie.
Gelombang ketiga berlaku dari 70-an hingga kini dipelopori golongan muda menyambung pemikiran dan pendekatan golongan muda sebelumnya yang mempertikai beberapa amalan dalam masyarakat diambil daripada ulama aliran mazhab Syafie.
"Golongan ini tidak mengikat diri mereka dengan mana-mana mazhab muktabar yang diiktiraf dunia Islam dan mazhab Syafie di negara ini. Mereka anggap mereka layak berijtihad mutlak seperti imam muktabar kerana mereka adalah manusia dan tiada bezanya.
"Bagi orang yang mengkaji ilmu mengetahui ulama muktabar yang berijtihad lengkap dari segi ilmu asas syariah. Berijtihad tanpa ilmu yang lengkap dari sudut syariah, bahasa Arab dan kaedah usul fiqh boleh membawa kepada penyelewengan.
"Hal ini dapat dilihat bibitnya kebelakangan ini dengan kemunculan kelompok liberal yang tidak mahu terikat dengan kaedah epistemologi Islam dan kaedah usulnya memahami al-Quran dan sunnah hingga akhirnya membawa kecelaruan tafsiran sumber ajaran Islam," katanya.
Abdul Halim berkata, golongan berkenaan hakikatnya sudah melanggar adab berdakwah kerana tidak menghargai sumbangan ulama aliran mazhab Syafie, malah memperkecil serta memperlekehkan sumbangan mereka dari sudut ilmu dan pembangunan masyarakat.
Katanya, golongan itu juga menganggap ulama aliran mazhab Syafie membawa ilmu yang menjadikan umat Islam tidak tepat memahami Islam dan tidak ada usaha ijtihad dalam ilmu mereka tetapi hanya mengikut mazhab membabi buta atau disebut bertaqlid buta.
INFO:
Perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan umat Islam mempelajari lebih banyak perkara serta menghasilkan ketetapan memberi manfaat untuk kemajuan ummah.
Amalan berwirid selepas solat yang dikatakan tidak dibolehkan kerana Rasulullah SAW tidak melakukannya sedangkan Baginda menyuruhnya kerana amalan baik memang digalakkan.
Jika semua boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pandangan dalam hal membabitkan amalan agama dengan hati terbuka, maka tidak timbul sikap perselisihan hingga boleh memecahbelahkan umat Islam seperti berlaku hari ini.
Gelombang ketiga berlaku dari 1970-an hingga kini dipelopori golongan muda menyambung pemikiran dan pendekatan golongan muda sebelumnya yang mempertikai beberapa amalan dalam masyarakat diambil daripada ulama aliran mazhab Syafie.
Sumber: Berita Harian
Oleh Hasliza Hassan
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 17:00
Antara cara beri salam dan AKUM Yahudi
Ahad, 2009 November 15
Ilmu utk dikongsi bersama : Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum"
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.....
Assalamualaikum,
Ni Anne nak perbetulkan pandangan ramai orang (n Anne sendiri) yang cakap ASKUM n AKUM adalah BINATANG dalam bahasa Ibrani/Yahudi...
Setelah Anne check dengan Kamus Yahudi serta bertanyakan orang Yahudi sendiri..
Avde Kokhavim U Mazzalo atau KOKHAVIM atau AKUM adalah sebenarnya BUKAN SAMA SEKALI membawa maksud BINATANG tapi BINTANG...
Anda boleh rujuk Print Screen yg Anne dapatkan dari kamus Yahudi berikut:
atau anda sendiri boleh refer ke kamus yahudi online - http://www.dictionary.co.il/view.php?offset=0&topics=h3501&limit=1
CUMA, kenapa kita dilarang menggunakan AKUM, kerana kita akan setaraf dengan penganut2 agama yang menyembah BINTANG sebagai Tuhan kerana ianya gelaran kepada kaum tersebut...
Jadi apabila kita mengucap AKUM kepada rakan kita, seolah2 kita menganggap rakan kita adalah hamba penyembah BINTANG... Ini berdasarkan kepada kisah pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih binatang untuk BINTANG yang dianggap tuhan. Kerana ini seolah2 sahabat kita itu (yg muslim) bukanlah penyembah Allah SWT. (atau dengan kata lain, menyekutukan Allah SWT).
Avde Kokhavim U Mazzalo membawa maksud HAMBA2 PENYEMBAH BINTANG & ORANG2 YANG SESAT.. Itulah maksud sebenarnya...
Manakala ASKUM pula tidak membawa sebarang makna... Harap maklum...
Wallahu'allam...
P/S: AKUM adalah gelaran penyembah BINTANG, n BUKAN BINATANG, yang ramai orang salah faham...
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 22:41
Perlembagaan Persekutuan pertahan kedaulatan Islam
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
Tindakan persenda peraturan gugat kebebasan beragama di Malaysia MINGGU lalu, saya menulis mengenai sekumpulan pelajar bukan Islam di Betong, Sarawak yang mempermainkan laungan azan dan solat berjemaah di sebuah gereja. Perbuatan cemar itu masih belum diambil tindakan pihak berkuasa. Jelaslah di sini kedudukan Islam sebagai 'Agama Persekutuan' masih lagi retorik dan seolah-olah tidak mempunyai sebarang kelebihan. Apatah lagi ramai yang tidak menghiraukan kedudukan istimewa ini dan menutup sebelah mata saja terhadap ketidakadilan yang dilakukan terhadap Islam. Sebenarnya, Islam sudah lama bertapak di Nusantara. Artifak lama menunjukkan kedatangan Islam seawal kurun ketiga Hijrah lagi. Fakta sejarah ini tidak dapat dinafikan lagi. Ada bukti juga yang menunjukkan Islam datang lebih awal daripada pengaruh Buddha dan Hindu ke Nusantara. Mubaligh China Islam dari Canton, China umpamanya lebih dulu datang ke Nusantara mengembangkan syiar Islam khususnya di Kedah. Sinar keimanan ini terus berkembang pesat apabila kesultanan Melayu Melaka menerima Islam. Apabila Kesultanan Melayu Melaka menerima Islam, maka rakyat jelata berduyun-duyun meninggalkan kegelapan batil dan bersyahadah. Undang-undang Islam sudah diamalkan sepenuhnya seperti yang wujud di dalam Kanun Melaka, Undang-Undang 99 Perak dan teks undang-undang lain. Undang-undang Islam sudah menjadi `lex loci` atau undang-undang utama negara ketika itu. Hakikat ini diperakui sehingga Suruhanjaya Reid yang dibentuk Kerajaan British untuk merangka perlembagaan negara memasukkan kedudukan istimewa Islam ini. Hanya Islam satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tiada agama lain diungkap secara khusus di dalam Perlembagaan Persekutuan, melainkan hanya sebagai boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni dalam negara saja. Ini adalah jaminan perlembagaan bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan, tertakluk kepada Perkara 11(4) yang akan saya bincangkan selepas ini. Ada pelbagai peruntukan lain yang memberi kelebihan kepada Islam sebagai agama Persekutuan, antaranya: a) Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam; b) Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan Persekutuan diberi kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam seperti masjid, sekolah agama dan juga bagi tujuan pembangunan syiar Islam; c) Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan kerajaan negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama Islam; d) Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan kepada mahkamah syariah untuk mendengar kes dan persoalan mengenai agama Islam dan mahkamah sivil tidak boleh campur tangan, membatalkan atau tidak menghiraukan keputusan mahkamah syariah. Namun mutakhir ini, ada usaha begitu agresif dan berterusan sesetengah golongan yang seolah-olah cuba menggugat kedudukan Islam di negara ini sehingga menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat Islam. Sebenarnya di dalam undang-undang, tidak ada kebebasan mutlak. Setiap kebebasan perlu dikawal dengan undang-undang bagi menjaga keharmonian masyarakat dan ketenteraman negara. Umpamanya, apabila seorang itu lulus ujian memandu dan membeli kereta serta membayar cukai jalan bagi kereta itu. Orang itu tidaklah bebas dalam erti kata sebenar untuk memandu keretanya ke mana saja yang disukainya dan mengikut cara atau kelajuan yang dia inginkan. Pemandu itu masih 'disekat' kebebasannya dengan undang-undang dan peraturan lalu lintas seperti berhenti tatkala lampu isyarat berwarna merah, memandu pada had kelajuan dibenarkan dan tidak memandu bertentangan dengan arah lalu lintas. Begitu juga seseorang yang pakar di dalam sesuatu bidang umpamanya bidang syariah. Orang itu masih perlu mendapatkan tauliah atau permit bagi menjadi peguam syariah atau untuk mengajar agama. Perbandingan yang boleh kita ambil ialah seorang pemandu profesional Formula Satu yang hebat masih lagi perlu mempunyai lesen memandu sekiranya beliau ingin memandu di jalan raya. Ia bukan suatu penghinaan terhadap keilmuwan atau kepakarannya memandu tetapi adalah aspek pentadbiran yang perlu dikawal oleh pihak berkuasa dan bagi memastikan keharmonian sejagat. Begitu juga di dalam aspek kebebasan beragama dan kebebasan itu sudah tentu ada hadnya. Walaupun Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan di dalam negara dalam aman dan harmoni. Secara jelasnya Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan kepada penganut setiap agama untuk mengamalkan agamanya dalam keadaan aman dan harmoni. Namun kebebasan ini juga tidaklah mutlak. Perkara 11(4) mengehadkan penyebaran agama lain kepada orang Islam melalui enakmen bagi negeri dan akta bagi Wilayah Persekutuan. Inilah hakikat yang ada di dalam perlembagaan dan mesti diakui setiap rakyat Malaysia yang percaya kepada keagungan Perlembagaan Persekutuan seperti termaktub di dalam Perkara 4 perlembagaan. Kita tidak boleh mengatakan Perkara 11(4) ini tidak berperlembagaan kerana Perkara 11(4) itu sendiri adalah sebahagian daripada perlembagaan. Tujuan Perkara 11(4) Perlembagaan ini adalah jelas iaitu bagi mengiktiraf kedudukan istimewa Islam sebagai agama persekutuan dan satu-satunya agama yang disebut di dalam perlembagaan. Ia juga bagi mengelak kucar-kacir terutama di kalangan orang Melayu kerana Perkara 160 Perlembagaan memberi definisi orang Melayu sebagai seorang yang berketurunan Melayu, beragama Islam mengamalkan budaya dan bercakap Melayu. Jika elemen agama ini hilang dalam diri Melayu, maka ia akan menjemput pelbagai masalah lain seperti keistimewaan orang Melayu, pemilikan tanah rizab Melayu dan sebagainya. Perkara 160 ini sudah sebati dalam jati diri bangsa Melayu di Malaysia walaupun orang Melayu pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan juga Jepun. Nenek moyang orang Melayu mempertahankan jati diri ini dan enggan mengubah agama mereka walaupun dijajah selama lebih 500 tahun. Dalam hal ini, orang Islam dan bukan Islam janganlah mengusik kedudukan Islam yang sudah diterima sekian lama segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Sumber: Berita Harian
Penulis ialah peguam bela, peguam cara dan peguam syarie, boleh dihubungi melalui e-mel zainul.rijal@abubakar.my
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 19:16
Tawakal mesti didahului dengan ikhtiar
SETIAP orang beriman diperintahkan agar bertawakal kepada Allah SWT secara benar seperti diperintahkan agama. Jika tersalah memahami konsep tawakal, maka tentu saja akan membawa kepada kesesatan serta mengundang kemurkaan Allah SWT. Allah SWT menyuruh hamba-Nya bertawakal dapat kita melalui ayat berikut yang bermaksud: "Kepada Allah hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar beriman" (Al-Ma-idah: 23)". Ayat ini memberi penjelasan bahawa orang yang bertawakal itu sifat yang mesti ada pada setiap orang yang beriman. Tawakal yang dikehendaki dalam Islam bukanlah menyerah bulat-bulat kepada Allah SWT. Tawakal yang sebenarnya mestilah terlebih dulu berikhtiar dan usaha yang bersungguh-sungguh serta berterusan sehingga berjaya. Walaupun begitu, masih ada segelintir manusia dalam masyarakat kita yang tersalah memahaminya, sehingga ada yang sanggup mengatakan manusia tidak perlu penat bekerja dan berusaha, serahkan saja pada Allah SWT, kerana semuanya ditentukan oleh-Nya sejak azali lagi. Tawakal begini adalah salah sama sekali dan menyeleweng daripada pengertian sebenar.
Pengertian yang sebenar tawakal menurut A.Z Abidin dalam bukunya Sunnah Allah dan Ikhtiar Manusia memberi penjelasan sebagai berikut: "…mengusahakan sesuatu dengan mempergunakan sebab-sebab yang lazim (sunnah Allah) serta mengharap pertolongan Allah SWT. Sebagai contoh, seorang yang sedang sakit, kalau ia mahu sembuh pergi berjumpa doktor (seorang ahli) untuk meminta nasihat (pertolongannya) dan menyerah dalam segala usahanya itu kepada Allah. Inilah tawakal." Untuk lebih jelas lagi mengenai pengertian tawakal, Rasulullah SAW didatangi orang Badawi dan berkata, "Bolehkah saya melepaskan unta saya, lalu saya bertawakal kepada Allah, wahai Rasulullah? Nabi menjawab: Tambatlah unta itu, lalu engkau bertawakal kepada Allah" (Al-Hadis). Daripada penjelasan di atas maka bolehlah kita mengambil satu rumusan bahawa segala bentuk urusan atau pekerjaan yang dihadapi hendaklah berusaha terlebih dulu sebelum bertawakal kepada Allah SWT. Sebagai manusia yang inginkan kejayaan dan kesejahteraan hidup, haruslah berusaha dan bekerja dengan tekun. Lantaran kesempurnaan hidup (di dunia dan di akhirat) tidak akan tercapai apabila ada sikap malas. Islam sama sekali tidak menghendaki umat-Nya menganggur dan berpeluk tubuh, hanya berserah buta kepada Allah SWT
Oleh Mohd Adid Ab Rahman Berita Harian
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 19:08
Iblis suka sifat pemarah, dekati perempuan
IBLIS datang kepada Nabi Musa dan berkata, "Engkaulah yang dipilih Allah untuk risalah dan langsung berkata-kata kepadamu, sedang aku seorang makhluk biasa, yang ingin juga bertaubat kepada Tuhan, maka tolonglah aku semoga dapat diterima taubatku". Nabi Musa gembira, lalu Baginda mengambil wuduk, bersolat dan berdoa, " Ya Tuhan, iblis seorang makhluk-Mu, ia akan bertaubat, maka terimalah taubatnya". Maka diturunkan wahyu kepada Musa, "Ya! Musa, dia tidak akan bertaubat". Jawab Musa, "Ya! Tuhan, dia minta taubat". Maka turun wahyu kepada Musa, " Aku terima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia (Iblis) sujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya." Nabi Musa sangat gembira, dan menyampaikan suara wahyu itu kepada Iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata, "Aku tidak akan sujud kepadanya (Adam) pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya? Lalu Iblis berkata, "Hai Musa, kerana engkau menolong aku kepada Tuhan, maka kini engkau berhak mendapat hadiah dariku," Aku berpesan kepadamu tiga perkara: Ingatlah kepadaku (Iblis) ketika marah, sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah. Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh perang sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri dan anak-anaknya serta hartanya, sehingga ia lari ke belakang (meninggalkan perjuangan). Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita bukan muhrim, sebab aku sebagai utusannya (perantaraan) kepadamu dan urusannya kepada kamu. Kejadian di atas adalah pedoman kepada manusia supaya tidak mengikut arahan iblis yang sentiasa mahu merosakkan keturunan Adam. Peristiwa ini juga mengingatkan supaya lelaki dan wanita mengetahui batasan pergaulan, kerana yang ketiga di antara mereka adalah iblis.
Sumber: Abullaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin. Berita Harian
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 19:07
Tetap akidah, muhasabah benteng harungi hidup
Muslim sejati akan sentiasa mengingati Pencipta sekalipun berdepan dengan cabaran UNTUK berdepan cabaran hidup, kita perlu memiliki pegangan dan amalan iaitu istiqamah, istiqarah dan istighfar. l Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai: "kukuh dalam akidah dan konsisten dalam beribadah". Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud, dari Abi Sufyan bin Abdullah berkata, " Aku telah berkata, 'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau'. Nabi menjawab: "Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah'." (Hadis Riwayat Muslim).
Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan dalam menghadapi hidupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan maksiat. Orang seperti ini dipuji Allah SWT melalui firman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu'" ( Fusshilat: 30) l Istiqarah pula dapat didefinisikan sebagai, selalu mohon petunjuk Allah SWT dalam setiap langkah dan penuh pertimbangan dalam setiap keputusan. Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berbicara dan melakukan suatu perbuatan. Namun, menurut Islam, tidak ada kebebasan tanpa batas, dan batas itu adalah aturan agama. Maka seorang Muslim yang benar, selalu berfikir berkali-kali sebelum melakukan tindakan atau mengucapkan sebuah ucapan serta ia selalu mohon petunjuk kepada Allah SWT. Nabi SAW bersabda, "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka berkatalah yang baik atau diamlah. (Hadis Al-Bukhari dan Muslim). Orang bijak selalu berkata, berfikirlah hari ini dan berbicaralah esok hari. Kalau ucapan itu tidak baik apalagi sampai menyakitkan orang lain, maka tahanlah, jangan diucapkan, sekalipun menahan ucapan itu terasa sakit. Tapi kalau ucapan itu benar dan baik maka katakanlah, jangan ditahan sebab lidah kita menjadi lemas untuk meneriakkan kebenaran dan keadilan serta menegakkan amal makruf nahi mungkar. Mengenai kebebasan ini, malaikat Jibril pernah datang kepada Muhammad SAW untuk memberikan rambu-rambu kehidupan. Baginda bersabda yang bermaksud, "Jibril datang kepadaku dan berkata: 'Hai Muhammad hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau suatu saat akan mati. Cintailah apa yang engkau sukai tapi engkau suatu saat pasti berpisah juga dan lakukanlah apa yang engkau inginkan, sesungguhnya semua itu ada balasannya,'" (Hadis Baihaqi dari Jabir). Sabda Nabi SAW ini semakin penting untuk diresapi ketika akhir-akhir ini dengan dalih kebebasan. Banyak orang berbicara tanpa logik dan data yang benar dan bertindak sesuka hati tanpa mengendahkan etika agama. Kita memasyarakatkan istiqarah dalam segala langkah kita, agar kita benar-benar bertindak secara benar dan tidak menimbulkan kekecewaan pada kemudian hari. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan rugi orang yang beristiqarah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah dan tidak akan miskin orang yang hidupnya hemat. (Hadis Thabrani dari Anas) l Istighfar pula dapat diertikan sebagai bermuhasabah diri dan mohon ampun kepada Allah SWT. Setiap orang pernah melakukan kesalahan, sama ada kesalahan individu atau kesalahan sebagai sebuah bangsa. Setiap kesalahan dan dosa itu sebenarnya penyakit yang merosak kehidupan kita, ia harus diubati. Banyak persoalan besar yang kita hadapi akhir-akhir ini adalah akibat kesalahan kita sendiri. Muhasabah diri dan pohonlah keampunan kepada Allah SWT. Buatlah pembetulan untuk masa depan yang lebih cerah dengan penuh keredaan Allah SWT. Dalam persoalan ekonomi, jika rezeki Allah SWT tidak sampai kepada kita disebabkan kita malas, maka yang perlu diubati adalah sifat malas itu. Kita tidak boleh menjadi umat pemalas. Malas adalah sebahagian musuh kita. Namun, ada kalanya kehidupan sosial ekonomi sebuah bangsa yang mengalami kesulitan. Kesulitan itu disebabkan dosa masa lalu yang bertompok dan belum bertaubat darinya. Jika itu penyebabnya, maka satu-satunya ubat adalah beristighfar dan bertaubat. Firman Allah SWT yang mengisahkan seruan Nabi Hud kepada kaumnya yang bermaksud, "Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52).
Sumber: Berita Harian Oleh Hashim Ahmad
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 19:00
سبحان الله Sarang Lebah yang sangat menarik binaan nya.
Khamis, 2009 November 12
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته تحية طيبة وبعد :
جاء لي الشخص اللي في الصورة وطلب مني تصويرها و نشرها .
وإذا لم تتضح لك العبارات في الصور فهي كالتالي :
فيه شفاء
من شر حاسد
الله ربي
شفاء
[ لا اله الا أنت سبحانك أني كنت من الظالمين ] && اللهم انت الشافي المعافي اشفي مرضانا ومرضي المسلمين جميعا&& ... اللهم امين...
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 03:27
KERANDA DI GHANA
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 02:52
Khamis, 2009 Oktober 29
MELAYU OLEH USMAN AWANG
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut Biar mati adat Jangan mati anak
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal Tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selaga yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: “Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu ? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka!
BIODATA Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.
Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 04:45
Rabu, 2009 Oktober 28
Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi
MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi
Selamat membaca di bawah ini.
Halimzakaria
Ayat al-Quran pada kulit bayi
SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
MADINA mendukung anaknya, Ali.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 20:50
The etymological root of the term silat is uncertain and most hypotheses link it to any similar-sounding word. One prominent theory is that silat derives from sekilat which means "as (fast as) lightning". This may have been used to describe a warrior's movements before eventually being shortened to silat. Some people believe it comes from si elat which means someone who confuses, deceives or bluffs. A similar term, ilat, means an accident, misfortune or a calamity.[1]gayung is generally used in the north of the Malay Peninsula. The word gayung refers to the spiritual practices in silat. Terms other than silat are used in certain regions where it carries a specific or special meaning. For example, the term
The word Melayu means Malay and comes from the Sanskrit term Malai Ur which can translate as "land of mountains", the word used by Indian traders when referring to peninsular Malaysia. Silat Melayu is sometimes mistakenly called bersilat but this is actually a verbal form of the noun silat.
The first martial skills in the Malay Peninsula were those of the orang asal (indigenous tribes) who would use hunting implements like spears, machetes, blowpipes and bows and arrows in raids against enemy tribes. Certain tribes were well-known warriors and pirates such as the Iban and the Tringgus of Borneo. Aboriginal populations on the peninsula were mostly replaced by Deutero-Malays from Sumatra and Borneo and Chamic peoples from Thailand. These settlers were rice-farmers from whom modern Malays are directly descended. The areas from where they originated are concurrent with the early evidence of silat. Sumatra was the birthplace of much of what constitutes Malay culture, particularly the Malay language. The Chamskris as far back as 2000 years ago. (Vietnamese Malays) of Dongson are believed by many archaeologists to have created the prototype of a
The Malays had established regular contact with both India and China at least since the 1st century. Silat was largely shaped by Chinese and Indian martial arts, as evidenced by Kedah's 5th century Bujang Valley civilisation which housed various Indian weapons including an ornate trisula. Their influence resulted in the founding of other Hindu-Buddhist kingdoms throughout the region. The oldest among them was Funan, a Cambodia-based empire that ruled over an area including what is now northern Malaysia, Thailand and Laos. Another was Gangga NegaraKhmer prince Raja Ganji Sarjuna.[2] and served as an important trading port before being destroyed by Raja Chola Rajendran of Tamil Nadu. Even today, most Malaysian Indians are Tamils, who influenced several Southeast Asian martial arts through silambam. This staff-based fighting style was already being practiced by the region's Indian community when Melaka was founded at the beginning of the 1400s. During the 1700s silambam became more prevalent in the Malay Peninsula than in India, where it was banned by the British government.[3] The bamboo staff is still one of silat's most fundamental weapons. (lit. Ganges country) that was founded in present-day Beruas by the
In south-central Vietnam the Cham Malays founded their own kingdom of Champa, which remained independent from the Chinese who controlled Vietnam's north. In its refusal to submit, the kingdom of Champa frequently waged wars against China.[4] Commanders of Champa are known to have been held in high esteem by the Malay kings for their knowledge in silat and for being highly skilled in the art of war, as shown in the Sejarah Melayu (Malay Annals) where it is told that Sultan Muhammad Shah had chosen a Cham official as the right hand or senior officer because the Chams possessed skill and knowledge in the administration of the kingdom.[5]
One Malaysian variant of an Indonesian story explains that the first complete system of silat was created by a woman who was carrying a basket of food on her head when birds tried to steal the food from her. She dodged the birds coming from all directions while at the same time attempting to chase them away with her hands. She arrived home late and was scolded by her husband who had no food to eat. He tried to beat the woman but she avoided all his attacks and was completely untouched. Her husband had grown tired and after listening to her explanation for being late, asked his wife to teach him what she had learned. Together they founded the first form of silat. By the 7th century silat had already spread throughout the Malay Peninsula. The styles created on the peninsula are now called Silat Melayu or seni silat to differentiate them from the pencak silat of Indonesia. Tradition credits silat tua (lit. "old silat") as the first system of silat Melayu to have been founded on the peninsula. This border area between Malaysia and Thailand where it was created is culturally significant and considered to be the "cradle of Malay custom".
King bestowing Hang Tuah with the rank of Laksamana (admiral)
Over time, silat was refined into the specialized property of royalty, pendekar, and generals. Kings encouraged princes and children of dignitaries to learn silat and any other form of knowledge related to the necessities of combat. Prominent fighters were elevated to head war troops and received ranks or bestowals from the raja.[4] One of these was the famous 15th-century Melakan warrior Hang Tuah. He learned martial arts together with his four compatriates - Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi and Hang Lekiu - from two of the most renowned silat gurus of the era. In Malaysia today, Hang Tuah is called the "father of silat"[6] for his contribution to the art's dissemination.
Colonial period
In the 16th century, conquistadors from Portugal attacked Melaka in an attempt to monopolise the spice trade. The Malay warriors managed to hold back the better-equipped Europeans for many days before Melaka was eventually defeated. The Portuguese hunted and killed anyone with knowledge of martial arts so that the remaining pesilat fled to more isolated areas. Even today, the best silat masters are said to come from areas that have had the least contact with outsiders. For the next few hundred years, the Malay Archipelago would remain under a string of foreign rulers, namely the Portuguese, Dutch, and finally the British. The 1600s saw an influx of Minangkabau and Bugis people into Melaka from Sumatra and south Sulawesi respectively. Bugis sailors were particularly well-known for their martial prowess and were feared even by the European colonists. In the 18th century both groups were engaged with the Dutch in a triangular contest for control of the Melaka Straits. By the 1780s the Bugis had control of Johor and established a kingdom in Selangor. The Minangkabau formed their own federation of nine states called Negeri Sembilan in the hinterland. Today, many of Malaysia's silat schools can trace their lineage directly back to the Minang and Bugis settlers of this period.
After Malaysia achieved independence, Tuan Haji Anuar bin Haji Abd. Wahab was given the responsibility of developing Malaysia's national silat curriculum which would be taught to secondary and primary school students all over the country. On 28 March 2002, his Seni Silat Malaysia was recognised by the Ministry of Heritage and Culture, the Ministry of Education and PESAKA as Malaysia's national silat. In Malaysia, silat is not only an art of self-defence but is also a symbol of the Malay ethno-cultural persona.[7] Since its disassociation with the palace, silat did not develop in the national defence institution and returned to the countryside. It is now conveyed to the community by means of the gelanggang bangsal meaning the martial arts training institution carried out by silat instructors.[7]
Clothing
Silat attire varies according to style and locality. People of the Malay Peninsula traditionally wore sarongs and carried a roll of cloth which could be used as a bag, a blanket or a weapon. The standard full dress of today's silat practitioners usually consists of the following:
The tengkolok is a headkerchief with different ways of tying it depending on status and region.
The baju Melayu, meaning "Malay shirt" is the male costume. The female equivalent is called baju kurung.
The samping is a waistcloth.
The bengkung is a cloth belt or sash which secures the samping. Some schools colour the bengkung to signify rank, a practice adopted from the belt system of Japanese martial arts.
Music
Basic gendang set
Silat performances are often accompanied by a live band playing music known as gendang bakugendang silat baku. The main instruments are the gendang (drums), gong and serunai (oboe). Types of silat drums include the gendang ibu or "mother drum" and the gendang anak or "child drum". The serunai, which also comes in long and short variations, is what gives silat music its distinct sound. or
Gendang silat sample
As with a tomoi match, the speed of the music adapts to the pesilat's pace. Melodies and instruments differ from one area to another. Areas with a strong Indonesian influence usually play the instruments of gamelan (Javanese orchestra) while those of northern regions are more similar to Thai music.
The gelanggang
In silat Melayu the training area is called a gelanggang. They were traditionally located outdoors, either in a specially constructed part of the village or in a jungle clearing. The area would be enclosed by a fence made of palm leaves to prevent outsiders from stealing secrets. Before training can begin, the gelanggang must be prepared either by the teachers or senior students in a ritual called buka gelanggang ("opening the training area"). This starts by cutting some limes into water and then walking around the area while sprinkling the water onto the floor. The guru walks in a pattern starting from the centre to the front-right corner, and then across to the front-left corner. He/she then walks backwards past the centre into the rear-right corner, across to the rear-left corner, and finally ends back in the centre. The purpose of walking backwards is to show respect to the gelanggang, and any guests that may be present, by never turning one's back to the front of the area. Once this has been done, the teacher sits in the centre and recites an invocation so the space is protected with positive energy. From the centre, the guru walks to the front-right corner and repeats the invocation while keeping his/her head bowed and hands crossed. The right hand is crossed over the left and they are kept at waist level. The invocation is repeated at each corner and in the same pattern as when the water was sprinkled. As a sign of humility, the guru maintains a bent posture while walking across the training area. After repeating the invocation in the centre once more, the teacher sits down and meditates. Although most pesilat today train in modern indoor gelanggang and the invocations are often replaced with a prayer, this ritual is still carried out in some form or another.
Silat Pulut
Silat pulut performance
Silat pulut is a sport that utilizes agility in attacking and defending oneself.[8] In this exercise, the two partners begin some distance apart and perform freestyle movements while trying to match the each other's flow. One attacks when they notice an opening in the opponent's defences. Without interfering with the direction of force, the defender then parries and counterattacks. The other partner follows by parrying and attacking. This would go on with both partners disabling and counter-attacking their opponent with locking, grappling and other techniques. Contact between the partners is generally kept light but faster and stronger attacks may be agreed upon beforehand. In another variation which is also found in chin na, the initial attack is parried and then the defender applies a lock on the attacker. The attacker follows the flow of the lock and escapes it while putting a lock on the opponent. Both partners go from lock to lock until one is incapable of escaping or countering.
This game is called silat pulut or gayong pulut because after a performance each player is gifted with bunga telur and sticky rice or pulut. Silat pulut is held during leisure time, the completion of silat instruction, official events, weddings or festivals where it is accompanied by the rhythm of silat drums or "silat baku music".[9]
The British colonists introduced western training systems by incorporating the police and askar sepoi (soldiers who were local citizens) to handle the nation's defence forces which at that time, was receiving opposition from former Malay fighters. Consequently, silat teachers were very cautious in letting their art become apparent because the colonists had experience in fighting Malay warriors.[9] Thus silat pulut provided an avenue for pesilat to practice their skills without giving themselves away.
Despite its satirical appearance, silat pulut actually enables students to learn moves and their applications without having to be taught set techniques. Partners who frequently practice together can exchange hard blows without injuring each other by adhering to the principle of not meeting force with force. What starts off as a matching of striking movements can end in successions of locks and groundwork, a pattern that is echoed in modern Mixed Martial Arts.
Weapons
Defense using langkah
Kris/Keris: A dagger which is often given a distinct wavy blade by folding different types of metal together and then washing it in acid.
Parang/Golok: Machete/ broadsword, commonly used in daily tasks such as cutting through forest growth.
Tombak/Lembing: Spear/ javelin, made of wood, steel or bamboo that may have dyed horsehair near the blade.
Tongkat: A walking-stick carried by travellers and the elderly.
Batang/Galah: Staff or rod made of bamboo, steel or wood.
Pisau/Sundang: A sword or knife, either single or double edged.
Badek/Badik: One-sided knife ranging in length from 20–40 cm.
Seligi: Sharpened bamboo shaft used as a javelin or spear.
Kerambit: A concealable claw-like curved blade that can be tied in a woman's hair.
Sabit: Sickle commonly used in farming, harvesting and cultivation of crops.
Serampang/Trisula: Trident originally used for fishing.
Tekpi/Chabang: Three-pronged truncheon thought to derive from the trident.
Chindai/Sarung: Wearable silk fabric used to lock or defend attacks from bladed weapons.
Rantai: Chain used for whipping and seizing techniques
Source: Wikipedia, the free encyclopedia
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 19:00
Pendidikan: Misi utama Rasulullah
Panel PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
ADALAH menjadi salah satu tanda keagungan Allah SWT dan kemukjizatan Rasul-Nya SAW, walaupun sudah lebih 1400 tahun Baginda SAW meninggalkan kita, tetap akan ada sejumlah individu, kumpulan dan organisasi yang berusaha untuk menyambung misi perjuangan Rasulullah SAW.
Tinggal lagi, mungkin kerana keluasan skop misi perjuangan Rasulullah SAW, kita dapati, kalaupun mereka ini sama bersemangat untuk menyambung misi perjuangan beliau, akhirnya bentuk amal Islami yang terhasil akan berbeza-beza pendekatan dan acuan penghayatannya.
Antara pendekatan-pendekatan utama yang dapat kita perhatikan ialah pendidikan, kebajikan, politik, dakwah, kerohanian, ekonomi dan termasuk juga jihad bersenjata.
Dalam kepelbagaian 'jalan' yang dipilih, perlu rasanya dibuat penegasan bahawa misi utama dan teras kepada perjuangan Rasulullah SAW adalah pendidikan. Malah tidak salah dikatakan bahawa dimensi pendidikanlah yang lazimnya menjadi penentu kualiti dan keberkesanan sudut-sudut lain perjuangan warisan Nabawi.
Keutamaan pendidikan dan pendidik sebagai misi utama Nabi SAW jelas tampak dalam sumber al-Quran dan hadis seperti dalam ayat yang bermaksud: Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad SAW) itu adalah Dalam kesesatan yang nyata. (al-Jumu'ah : 2)
Manakala satu hadis yang menarik dalam soal ini ada diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya dan al-Darimi dalam sunannya daripada Abdullah ibnu Amru ibnu al 'Aas r.a, beliau berkata: "Pada satu hari, Rasulullah SAW keluar daripada salah satu biliknya dan masuk ke masjid lalu Baginda berada antara dua kumpulan.
Salah satu daripadanya manusia yang sedang membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah Taala. Sementara yang satu kumpulan lagi sedang belajar dan mengajar.
Lalu bersabda Rasulullah SAW berkata: "Kesemua mereka adalah baik. Adapun orang yang membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah SWT, jikalau Allah SWT inginkan kebaikan kepada mereka, nescaya Allah SWT akan beri, jikalau Allah SWT tidak menginginkan maka Dia akan menegahnya. Adapun orang yang mengajar dan belajar, maka sesungguhnya saya diutuskan sebagai pendidik," lalu Rasulullah SAW duduk bersama kumpulan mereka." (Sunan Ibnu Majah :1:83)
Bukti kejayaan Nabi SAW sebagai pendidik terlihat pada kualiti insan sebelum Baginda dibangkitkan dan sesudahnya. Baginda telah berhasil mengubah masyarakat jahiliah yang tandus daripada nilai kemanusiaan kepada satu generasi yang paling tinggi nilai keperibadiannya.
Lahirlah di tangan Baginda SAW, tokoh-tokoh perkasa berkeperibadian luhur yang muncul memimpin manusia secara sambung-menyambung hingga buahnya dapat dinikmati hingga ke zaman ini.
Rasulullah cintai ilmu
Penekanan dan keutamaan yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap pendidikan juga dapat dirasakan apabila kita meninjau beberapa sikap Rasulullah SAW dalam aspek ini.
Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al Hafiz al-Munziri dalam bab al-Tarhib fi Katmi al-'Ilm (Celaan Terhadap Menyembunyikan Ilmu) dan al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Majma' al-Zawaid ada merakamkan daripada 'Alqamah ibnu Saad ibnu Abd Rahman ibnu Abza daripada ayahandanya daripada datuknya dari Abd. Rahman ibnu Abza r.a telah berkata, Rasulullah SAW telah berkhutbah pada satu hari.
Baginda memuji Allah SWT dan berdoa serta menyebutkan tentang sekumpulan orang Islam dan mendoakan kebaikan ke atas mereka, lalu bersabda, "Alangkah malangnya kaum yang tidak memahamkan dan mengajarkan agama kepada jiran-jiran mereka serta tidak mencerdikkan mereka terhadap agama dan tidak pula menyuruh mereka membuat kebaikan dan melarang membuat keburukan."
Allamah Syeikh Mustofa al-Zarqa dalam kitabnya al-Madkhal al-Fiqhi al-'Aam telah mengulas hadis ini dengan berkata, "Ini adalah satu pernyataan yang penting dan jelas bahawa pengabaian terhadap pendidikan dan menuntut ilmu adalah merupakan jenayah kemasyarakatan yang amat besar dan sewajarnya mereka yang terlibat dalam jenayah ini dikenakan denda di dunia lagi. Jenayah kemasyarakatan ini akan mengakibatkan pengabaian pelbagai kewajipan agama."
Oleh itu, apabila seorang alim tidak melaksanakan peranannya mendidik dan seorang yang jahil tidak menunaikan tugasnya untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka wajib kedua pihak ini mendapat hukuman denda terhadap kecuaian mereka.
Umum mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah mewajibkan menuntut ilmu dalam sabdanya yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas lelaki dan perempuan."
Daripada pengertian hadis ini, dapat kita faham bahawa Nabi SAW mengkaitkan kefarduan menuntut ilmu dengan sifat Islam seseorang sebagai peringatan bahawa sesiapa yang menisbahkan dirinya sebagai seorang Islam, maka telah menjadi kewajipan padanya untuk menuntut ilmu dan menjauhi kejahilan.
Rasulullah SAW juga memperingatkan umatnya supaya mempelajari ilmu yang bermanfaat serta berwaspada daripada ilmu yang tidak bermanfaat.
Mesej ini dapat difahami daripada doa Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam satu hadis daripada Zaid Ibnu Arqam r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW telah berdoa: Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk (lalai) , daripada nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak mustajab. (Sahih Muslim 17:41)
Nabi model pendidik
Sewajarnya bagi setiap orang yang menjadi pembimbing dan pendidik manusia mempunyai sifat-sifat yang sesuai dengan peranan yang dilakukan.
Dalam konteks ini, tidak ada di sepanjang zaman seorang manusia pun yang mempunyai atau menghampiri ciri-ciri kesempurnaan akhlak sebagaimana yang dimiliki oleh Rasulullah SAW sehingga mendapat pujian unggul daripada Allah SWT sebagaimana firmannya: Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak Yang amat mulia. (al-Qalam :4)
Kesempurnaan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW adalah sifat-sifat yang seharusnya ada pada seorang pendidik dan boleh diperincikan kepada empat perkara iaitu kesempurnaan kejadian, kesempurnaan akhlak, kelebihan kata-kata dan kelebihan perbuatan.
Kesempurnaan zahir yang ada pada Nabi SAW yang ditonjolkan oleh kesederhanaan tubuh badannya terdiri daripada;
1. Ketenangan yang membangkitkan sifat hebat (menggerunkan) dan dipandang hebat. Sifat inilah yang telah menyebabkan utusan Raja Kisra menggeletar ketakutan apabila berhadapan dengannya. Sekalipun pandangan manusia kepadanya hebat tetapi Nabi SAW tetap bersifat tawaduk tidak mengambil kesempatan untuk menguasai seseorang.
2. Air muka yang berseri menyebabkan Baginda dicintai oleh setiap orang yang memandang wajahnya. Yang hampir berharap ingin sentiasa bersamanya, yang jauh ingin berdekatan dengannya.
3. Mendapat penerimaan yang menjadikan semua hati cenderung untuk menerima apa sahaja yang datang daripada Nabi SAW. Tidak ada yang mengingkari kecuali orang yang hasad.
4. Kecenderungan manusia untuk mentaati Rasulullah SAW sekalipun perlu kepada kesabaran dan kesusahan yang terpaksa mereka tetap berpegang teguh dan mentaati-Nya. Demikian antara kesempurnaan fizikal yang dimiliki oleh Rasulullah.
Adapun kesempurnaan akhlak Nabi SAW pula terdiri dari empat perkara iaitu:
*kebernasan fikiran, sangkaan dan firasatnya.
*Sabar di atas segala kesusahan dan rintangan.
*Zuhud terhadap dunia serta tidak berkehendak dan tidak cenderung kepadanya.
*Tawaduk kepada manusia lain sedangkan mereka semua adalah pengikutnya. Bermesra dengan sahabatnya tanpa ada jurang pemisah yang membezakan mereka.
*Berlemah lembut dengan manusia serta mudah mesra dan simpati dengan manusia lain. Sehingga setiap orang merasakan Rasulullah SAW seumpama ayah mereka.
*Memelihara janji dan tidak pernah memungkirinya.
Kelebihan Rasulullah dari sudut pengucapannya pula ialah:
1. Diberikan kepadanya kebijaksanaan dari segi menuturkan ucapan. Perkataannya dipenuhi dengan seni bahasa Arab yang terdiri daripada balaghah, ma'ani dan badi'. Walaupun begitu perkataan Rasulullah mudah difahami oleh mereka yang ingin menerimanya.
2. Menghafaz apa-apa yang dikhabarkan oleh Allah kepadanya dari kisah-kisah para nabi terdahulu dalam hafalan dadanya tanpa dicatat.
3. Perkara-perkara yang disuruhnya adalah terdiri dari perkara yang baik-baik dan adab-adab yang tinggi.
Kelebihan perbuatan Rasulullah SAW pula dapat dilihat dari berapa sudut. Antara ialah:
1. Elok perjalanan hidupnya dan tepat perancangannya.
2. Sederhana dalam melakukan perkara yang disyariatkan tanpa berlebihan atau kekurangan.
3. Tidak menjadikan sahabatnya terlalu cenderung terhadap hal keduniaan dan tidak pula menolak dunia secara keseluruhannya.
Kita tidak menafikan bahawa agenda pendidikan ada digarap dalam pelbagai pendekatan individu dan kumpulan yang beridealismekan perjuangan Rasulullah SAW di zaman kita ini.
Cuma yang harus dimuhasabah adalah setakat mana agenda ini diberi tempat yang utama dan sepatutnya dalam kerangka gerak kerja masing-masing. Juga setakat mana ciri-ciri acuan pendidikan Rasulullah SAW yang hakiki telah dihayati.
Seperti yang dihimbau di atas, sebagai pendidik ulung, acuan pendidikan Rasulullah SAW dicirikan oleh gaya penerangannya yang jelas, tuturan yang fasih, gaya bahasa yang indah, isyarat fizikal yang menawan, sinaran roh yang memancar, sifat kasih sayang yang tebal serta kebijaksanaan yang tiada tolok bandingnya. Semoga kita semua mampu menterjemahkannya dalam diri dan organisasi kita.
Sumber: Utusan Malaysia
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 01:06
"Miracle" baby gives hope in Russian Muslim south Share
By Amie Ferris-Rotman Amie Ferris-rotman – Thu Oct 22, 1:05 am ET
KIZLYAR, Russia (Reuters) – A "miracle" baby has brought a kind of mystical hope to people in Russia's mostly Muslim southern fringe who are increasingly desperate in the face of Islamist violence.
From hunchbacked grandmas to schoolboys, hundreds of pilgrims lined up this week in blazing sunshine to get a glimpse of 9-month-old baby Ali Yakubov, on whose body they say verses from the Koran appear and fade every few days.
Pinkish in color and several centimeters high, the Koranic verse "Be thankful or grateful to Allah" was printed on the infant's right leg in clearly legible Arabic script this week, religious leaders said. Visiting foreign journalists later saw a single letter after the rest had vanished.
"The fact that this miracle happened here is a signal to us to take the lead and help our brothers and sisters find peace," said Sagid Murtazaliyev, head of the Kizlyar region about 150 km (95 miles) north of Makhachkala, the sprawling Dagestani capital on the Caspian Sea.
"We must not forget there is a war going on here," he told Muslim leaders who had invited the press to witness what they unequivocally claim is a sign from God.
Islam in Russia is widely believed to have originated in ethnically rich Dagestan, where 3 million people speak over 30 languages and whose ancient walled city of Derbent claims to be Russia's oldest city.
A spate of recent suicide bombs and armed attacks on police and security services in Dagestan, Ingushetia and neighboring Chechnya, where Russia has fought two separatist wars, has shattered a few years of relative calm in the North Caucasus.
Local leaders have told President Dmitry Medvedev they are struggling to contain an Islamist insurgency pervading all spheres of society in the north Caucasus -- a region named after the Caucasus mountains that divide Russia from strategically important Georgia and Azerbaijan, where oil and gas pipelines flow to the West.
Up to 2,000 pilgrims from Russia's 20 million Muslim population come daily to see the docile, blue-eyed baby, whose pink brick house has become a shrine.
Vladimir Zakharov, deputy director of the Caucasus Research Centre at the Moscow State University of International Relations, said he was not in a position to judge the veracity of the claims, but that it was clear they were born out of desperation.
"Islam and fear of terrorism now totally dominate the North Caucasus, and they are perhaps using this to escape from a certain reality," he told Reuters by telephone.
POLICED SHRINE
Green satin flags mark the way to the baby's modest family home in Kizlyar, a small town of lime-colored mosques, cornfields and dirt roads whose dust bellows into the sky.
Dagestan's omnipresent armed police patrol the house while imams change photos of Yakubov's arms and legs covered in Arabic script from previous episodes to both jubilation and wails from the bustling crowd.
They say the fact Yakubov's 27-year-old father Shamil works in the police force -- a regular target by militants -- is proof of divine intervention.
Makhachkala's influential mayor Sayid Amirov, who has survived around a dozen attacks on his life since the mid-1990s, interpreted the recent buzz around the baby as a warning.
"What happened here is indeed a miracle, but this should also be a message to not take religion too far," he told reporters.
Authorities say Islamist extremism is as responsible for the growing violence as widespread poverty, and experts add the insurgency is also recruiting foreign al Qaeda militants who seek an Islamic state in the north Caucasus.
Holding up his right foot where a single Arabic letter remained from the latest episode, Yakubov's 26-year-old mother Madina said she had no doubt the verses -- which first appeared two weeks after birth -- were connected to extremism.
"Allah is great and he sent me my miracle child to keep our people safe," she told Reuters, adjusting her tight purple hijab which crowns a multi-colored kaftan.
Though divine "miracles" are common in Christianity -- such as weeping icons and stigmata, bleeding wounds in the hands and feet similar to those of Christ -- Islam rarely has them.
Outside her home, pilgrims prayed and gave thanks to Allah.
Supermarket attendant Madina Nikolayeva traveled from Ukraine to see the baby. Behind her, Akhmed Khadzhy had been waiting all day in the queue.
"Allah is watching over Dagestan," said the pensioner from Khasavyurt near the Chechen border, where clashes with security forces had killed three militants the night before.
(Reporting by Amie Ferris-Rotman; Editing by Sonya Hepinstall)
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 00:36
Fenomena sejadah berdiri
Oleh HAFIZAHRIL HAMID
GAMBAR sejadah berdiri yang heboh diperkatakan oleh orang ramai.
FENOMENA sejadah berdiri tiba-tiba menjadi kisah yang paling banyak diperkatakan kebelakangan ini. Ia seolah-olah cuba menunjukkan sesuatu yang tersirat apatah lagi kebanyakan masyarakat di negara ini sangat berminat dengan kisah yang mempunyai unsur mistik sebegini.
Mengikut laporan terbaru mengenai kejadian ini seperti yang disiarkan pada 2 Oktober lepas, sepasang suami isteri terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba berdiri tegak menyerupai orang sedang solat.
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Haji Mohd. Amin Bukit Mertajam pada pukul 9.45 malam, Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berselisih pendapat mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka sebelum pergi ke ruang tamu untuk memandikan anak perempuannya manakala isterinya pula pergi menggosok pakaian.
Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada suaminya dalam keadaan muka pucat dan terkejut dan memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud.
Suaminya kemudian menghubungi keluarga dan jiran terdekat yang kemudian datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan ternyata kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat.
Lebih mengejutkan berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.
Namun perkara ini berakhir setelah dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri menasihat agar sejadah itu dilipat bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.
Bagi pasangan suami isteri ini mereka percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.
Peristiwa sama turut dialami oleh seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu untuk menunaikan solat di Masjid Kristal namun terkejut apabila melihat dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya pada awal Julai lepas.
Pada awalnya kakitangan kerajaan berasal dari Dungun yang tidak mahu dikenali itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.
Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.
Menurutnya, pengalaman pelik itu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.
Seorang petugas di Masjid Kristal menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.
Pada bulan September lalu kejadian sama berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek Pasir Mas serta di Meru pada Februari 2008. Sebelum itu pernah disiarkan dalam You tube kejadian yang sama terjadi di Muscat, Oman. Itu merupakan antara beberapa kejadian yang berlaku berkaitan dengan fenomena sejadah berdiri.
Rata-rata berpandangan kejadian sejadah berdiri ini yang tidak mampu dihuraikan oleh akal adalah tanda dan petunjuk kebesaran Tuhan. Allah boleh melakukan apa sahaja. Segala kejadian alam, langit dan bumi, siang dan malam adalah antara tanda-tanda kebesaran Tuhan.
Ada pula yang berpandangan kejadian pelik sebegini adalah cara Tuhan memperli atau berlaku sinis kepada manusia. Jika dengan ilmu, kefahaman dan pimpinan guru pun manusia tidak mahu sembahyang, maka kita didedahkan dengan kejadian sejadah yang tidak bernyawa sedang sembahyang.
Saintifik
Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd Yusuf Othman menyifatkan kejadian ini mungkin ada hikmah yang yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT kepada umat manusia.
Beliau yang merupakan seorang ahli fizik berkata kejadian sebegini adalah sukar untuk dijelaskan secara saintifik kerana pergerakan yang berlaku perlu diperjelaskan secara terperinci.
Namun umat Islam perlu melihat perkara ini sebagai kekuasaan Tuhan tetapi tidaklah sehingga berlebihan sehingga boleh mengakibatkan syirik dan khurafat.
Menurut beliau secara umumnya sejadah yang berdiri seperti ini memerlukan tenaga atau "daya" untuk bergerak. Daya ini akan diperoleh melalui tujuh cara iaitu sama ada melalui proses elektrik, mekanik, sinaran, haba, magnet, nuklear atau kimia.
"Mungkin selepas ini ada ahli saintis yang mahu menjalankan kajian tentang kejadian ini dan saya mengalu-alukan pandangan mereka,". katanya
Mohd Yusuf berkata, secara fitrahnya alam ini ada tabiinya yang tersendiri seperti pokok memerlukan air untuk hidup atau air dicincang tidak akan putus. Kemudian manusia akan mula bertanya kenapa kejadian itu berlaku dan dari situ ilmu sains mula berkembang.
Namun hakikatnya menurut beliau ilmu sains merupakan ilmu yang terbatas dan bukan ilmu yang mutlak maka beliau berpandangan kejadian sejadah berdiri bukanlah antara perkara yang boleh diterangkan secara saintifik.
Katanya, tugas ahli sains ialah memahami tabiat alam namun malangnya pemikiran saintifik kini terlalu mendominasi manusia sehingga kita semakin meminggirkan agama. Namun ilmu sains adalah tetap merupakan satu keperluan dan perlu dikuasai oleh umat Islam tetapi biarlah diseimbangkan dengan ilmu agama.
Dalam pada itu menurut Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa ( UIA), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi, beliau tidak yakin kejadian sejadah berdiri ini benar-benar berlaku.
Menurut beliau kita seringkali dihidangkan dengan cerita-cerita mistik dan luar biasa seperti api yang tiba-tiba menyala dan membakar, mutiara atau kaca yang keluar dari mata dan sebagainya dan sesungguhnya apakah perkara ini benar-benar perlu untuk didedahkan kepada umum.
Katanya semua pihak belum pasti apakah kejadian ini melibatkan sesuatu petunjuk dari tuhan.
"Apakah benar kejadian sejadah berdiri ini berlaku atau mungkinkah ia sengaja dilakukan oleh manusia dan kemudian disensasikan oleh pihak tertentu untuk menarik perhatian ramai.
"Saya melihat perkara ini lebih kepada sengaja dibuat-buat dan kemudian dibesar-besarkan," katanya.
Menurut Mahmood, beliau bukan menolak kekuasaan tuhan tetapi perkara sebegini tidak memberi apa-apa erti kepada kehidupan manusia. Manusia pula secara umumnya sangat meminati kisah-kisah sensasi sebegini, kemudian akan mula mempercayainya dan akhirnya mereka mula terlibat dalam kegiatan syirik dan khurafat.
"Jika kita lihat mereka yang percaya dengan bomoh pada awalnya melihat perkara-perkara yang ajaib seperti ini dan kemudian akan lebih mempercayainya sehingga terlibat dalam perlakuan syirik dan sebagainya,".
Sesungguhnya pelbagai penjelasan dan pandangan tentang kejadian ini adalah sesuatu yang biasa dan perbezaan pendapat sememangnya sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Memandangkan manusia adalah makhluk ciptaan tuhan yang paling sempurna mereka pastinya akan cuba mencari jawapan yang dirasakan paling sesuai untuk mengisi kehendak dan perasaan ingin tahu mereka.
Namun yang pasti bukan semua perkara boleh dijawab hanya dengan berlandaskan akal fikiran dan kaedah saintifik yang terbatas sifatnya. Apatah lagi sifat ingin tahu manusia itu juga yang akan mengheret mereka sehingga terjebak dalam kepercayaan syirik dan khurafat. Oleh itu adalah sesungguhnya hanya Allah jua yang mempunyai jawapan terhadap segala persoalan dan kemusykilan tentang segala kejadian yang berlaku di alam yang mana tuhan juga yang menjadi penciptanya.
Sumber: Utusan Malaysia Komen: Jauhilah perkara syirik kerana ianya satu dosa yang amat berat.
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 00:35
Kembangkan ilmu buat gong
Oleh SAFINA RAMLI utusankedah@utusan.com.my
ISMAIL Mohd. Akib, mencanai besi untuk membuat gong di Kampung Rendang Pasir, Yan Besar, Kedah. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN
YAN 22 Sept. - Gong merupakan salah sebuah alat muzik tradisional yang telah lama wujud dalam kebudayaan masyarakat Melayu di negara ini. Semasa pemerintahan Melayu dahulu, gong akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan mengelilingi kampung-kampung bagi menyebarkan berita.
Gong akan dipalu bagi mengumpulkan penduduk kampung sebelum titah raja dibacakan oleh pesuruh raja.
Namun, gong kini hanya digunakan dalam persembahan-persembahan melibatkan adat istiadat Melayu seperti silat atau sebagai simbolik untuk merasmikan sesuatu majlis.
Mereka yang mahir membuat gong juga semakin berkurangan kerana kebanyakan golongan muda kurang berminat dengan seni pembuatan serta budaya tradisional masyarakat Melayu itu.
Bagi seorang pembuat gong di Kampung Rendang Pasir, Yan Besar, Ismail Mohd. Akib, 46, kesukaran untuk mencari orang yang mahir membaiki gong miliknya yang rosak menyebabkan dia mula belajar cara-cara membuat gong.
"Saya selalu memainkan lagu silat namun hari itu gong saya menghasilkan bunyi yang sumbang.
"Saya mencari tukang membaiki gong sehingga ke Pokok Sena namun orang itu tiada dan baru saya sedar tiada lagi orang yang mahir untuk membuat gong pada masa ini," ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Sejak itu Ismail mengambil keputusan untuk membuat gong secara sambilan dan pada mulanya dia hanya meniru bentuk gong asal miliknya, namun cabaran utama bagi pembuat gong ialah menghasilkan bunyi yang menarik.
"Setiap gong mempunyai bunyi berlainan dan pembuat gong perlu pandai membezakan bunyi daripada setiap gong yang dihasilkan.
"Pembuat gong juga perlu berhati-hati kerana gong yang telah siap tidak boleh jatuh kerana ia akan menghasilkan bunyi yang sumbang," katanya.
Ismail yang merupakan seorang tukang besi memberitahu, kebanyakan gong yang dihasilkan menggunakan plat besi.
"Gong yang dihasilkan selalunya mengikut tempahan para pelanggan dan saya pernah membuat gong yang ditempah daripada pelanggan di Bangkok, Thailand.
"Saya tidak pernah membuat iklan di mana-mana akhbar mengenai kemahiran membuat gong, namun orang mendapat tahu melalui mulut ke mulut," ujarnya.
Menurutnya, golongan muda perlu mempelajari cara-cara membuat gong agar kesenian budaya Melayu itu terus terpelihara.
"Saya tidak mahu melihat suatu hari nanti gong menjadi pameran di dalam muzium sahaja," katanya yang ingin memperturunkan kemahiran membuat gong kepada golongan muda.
Mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat gong boleh berjumpa dengan Ismail atau menghubunginya menerusi talian 019-5577405.
Sumber: Utusan Malaysia
Komen: Bagi yang berminat bolehlah berguru.
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 00:35
Ancaman Bendera tidak babitkan tentera
08/10/2009 2:36am
KUALA LUMPUR 8 Okt. — Ancaman satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) yang dikatakan bertekad akan menyerang Malaysia esok tidak melibatkan permasalahan berkaitan ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, rakyat Malaysia diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian negatif berhubung khabar angin berkaitan gerakan itu yang dianggotai oleh sekumpulan kecil yang diupah oleh pihak tertentu.
“Khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) sedang berkumpul di Kalimantan, Indonesia hanya melibatkan segelintir kumpulan kecil yang bukan tentera.
“Rakyat tidak harus memberi reaksi negatif kerana kumpulan itu adalah orang upahan dari pihak ketiga yang ingin melihat konflik antara dua negara serumpun itu berterusan,” katanya ketika merasmikan majlis Penganugerahan dan Konvokesyen Pertubuhan Seni Silat Kilat Kebangsaan (PSSGKK) di sini, malam tadi. - Bernama
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 00:34
Pesaka sedia gerakkan 4 juta ahlinya
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sedia menggerakkan empat juta anggotanya jika kedaulatan negara ini diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya, Megat Zulkarnain Omardin mengingatkan kepada pihak yang bercita-cita untuk melakukan tindakan seperti itu supaya melupakan hasrat berkenaan.
‘‘Sejak dahulu lagi, kami telah diajar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja yang cuba menceroboh kedaulatan negara ini. Ini tanah air kami dan kami rela berkorban untuk agama kami serta untuk negara kami.
‘‘Kami tidak rela melihat ada orang lain sengaja menceroboh negara kami dengan sesuka hati. Kami sedia melawan mereka. Kami juga mempunyai kekuatan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas hasrat segelintir rakyat Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk menyerang Malaysia ekoran isu tarian Pendet
Perkara itu dinyatakan oleh Penyelaras Kempen Anjuran Kumpulan Pemuda Nasionalis Bendera, Mustar Bonaventura baru-baru ini bahawa kesemua sukarelawan itu telah menyimpan stok makanan, ubat-ubatan termasuk senjata seperti pedang samurai bagi menghadapi kemungkinan perang.
Bagaimanapun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bimbang dengan perkembangan itu sambil mengingatkan bahawa tindakan Bendera itu hanya akan mencetuskan masalah baru.
Mengulas lanjut Megat Zulkarnanin berkata, diam bukan bermakna kemampuan rakyat Malaysia khususnya pengamal silat boleh diperkecilkan.
Sumber: Utusan Malaysia
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 00:34
Jurang Malaysia, Vietnam kian rapat
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD hafiz.ahmad@utusan.com.my
Pasukan Seni Silat yang akan mewakili negara ke Sukan SEA Laos bergambar pada sidang media pasukan silat kebangsaan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.
KUALA LUMPUR - Jika Vietnam agak jauh meninggalkan Malaysia sejak beberapa tahun lalu, jurang itu kali ini diyakini sudah semakin dirapatkan oleh pesilat negara menjelang ke Sukan SEA Ke-25 di Laos, Disember ini.
Ia juga dibuktikan dengan kejayaan seorang pesilat puteri Malaysia membawa pulang sebutir pingat emas selain sumbangan tiga perak dan dua gangsa rakan sepasukannya daripada Sukan Seni Tempur Asia Pertama di Bangkok, Julai lalu.
Jurulatih silat olahraga, Mat Nor Mahmood mendapati prestasi semasa pesilat Vietnam sudah tidak banyak berbeza dengan anak buahnya seperti yang dinilainya dalam sesi persahabatan dan beberapa kejohanan, baru-baru ini.
"Sejak saya melatih skuad negara, Mac lalu dan menerusi pemerhatian dalam beberapa sesi persahabatan dan pertandingan dengan mereka, sudah banyak yang dicungkil dan saya dapati, kita sudah boleh menewaskan mereka.
"Hanya dengan Indonesia, kita belum dapat memerhati cara bertarung pesilat mereka. Di Bangkok, Julai lalu, saya tidak berpeluang menilainya kerana menguruskan pesilat yang lebih banyak menentang Vietnam," katanya di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.
Mat Nor juga terkilan dengan kekurangan kejohanan antarabangsa anjuran republik itu bagi menguji kemampuan anak buahnya selain Terbuka Palembang, Terbuka Paris, Jemputan Asia dan Sukan Seni Tempur Asia di Bangkok.
Malaysia mencatat prestasi terburuk dalam sejarah pencak silat Sukan SEA apabila hanya sebutir perak dan enam gangsa dibawa pulang dari Korat, dua tahun lalu tetapi tetap menyasarkan dua emas di Laos.
Malah pengurusan pasukan memutuskan bahawa hampir semua pesilat daripada skuad di Korat, masih mampu dipertaruhkan sekali lagi bagi memikul cabaran Laos dan cuma dua orang digugurkan iaitu Mohd. Azrin Malek dan Mastura Safuan.
Salah seorang harapan emas negara ialah Emy Latip yang menjuarai Kelas C (55 hingga 60 kilogram Sukan Seni Tempur Asia Pertama, Julai lalu dengan menewaskan pesilat Thailand 4-1 selain berpengalaman beraksi dalam tiga Sukan SEA sejak 2003.
Bagi persediaan ke Laos, skuad negara sudah menyenaraikan 18 pesilat tetapi cuma akan menghantar 12 orang (silat olahraga dan silat seni) dalam merebut 12 daripada 19 pingat emas yang dibenarkan untuk ditandingi.
Kata Penyelaras Pencak Silat, Osman Nok: "Kuota pesilat negara ke Sukan SEA Laos adalah untuk enam putera dan empat puteri bagi silat olahraga sementara seorang putera dan seorang puteri bagi silat seni.
"Kami pun baru pulang daripada program penyesuaian tempat dan sesi persahabatan dengan skuad silat Laos selama dua minggu dan senarai 12 pesilat Sukan SEA akan diputuskan selepas Sukan Dalam Dewan Asia Ketiga di Hanoi dari 23 hingga 30 September ini.
"Sasaran di Laos ialah dua emas masing-masing menerusi silat olahraga dan silat seni tetapi seperti biasa, Indonesia dan Vietnam akan menjadi pencabar utama kita," katanya yang juga ahli exco Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Sumber: Utusan Malaysia
Komen: Bersama kita meningkatkan mutu silat, kita jauh ketinggalan. Kerjasama semua pihak dan tumpuan yang betul akan mengembalikan kembali kegemilangan persilatan tanahair, InsyaAllah.
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 00:33
Akhir-akhir ini Pencak Silat di DKI Jakarta sangat sulit mendapatkan anggota barunya. Hasil bincang-bincang dengan para pelatih, pengurus dan pemerhati Pencak Silat . Ada beberapa kendala yang dihadapi antara lain :
Kurang dikenal masyarakat luas karena kurang promosi
kurang kemasanAdanya unsur magis .
Lebih senangnya masyarakat dengan produk luar negeri.
Tidak ada kerjasama dengan Pihak DIKDAS, DIKMENTI.
Saat ini DKI Jakarta, berkembangan Pencak Silat bagai kerakap diatas batu, hidup segan mati tak mau. Perguruan-perguruan berkembang sendiri-sendiri tanpa ada pembinaan dari IPSI. Sudah banyak perguruan-perguruan tradisional yang managementnya dikelola seada yang punah. Sekarang perguruan-perguruan yang masih ada, mengelola perguruan dengan mengandalkan Pelatih- pelatih yang kebetulan menjadi Guru disekolah-sekolah. Selain itu sulit sekali mendapat anggota baru.
Perguruan-perguruan yang sudah sempat membuka latihan disekolah sebagai kegiatan Ekstra Kurikuler tapi Pelatih bukan Guru disana,menjadi sulit berkembang karena faktor :
Ganti Kepala Sekolah ganti kebijakan, jika senang Pencak Silat maka majulah Silat disana dan jika tidak, ya sebaliknya.
Guru Sekolah dari Ekstra Kurukuler lain merasa bersaing dengan Pencak Silat, sehingga kesehariannya Pencak silat dianak Tirikan dan siswa akan lebih memilih kegiatan yang dibina oleh Gurunya sendiri yang berakibat Pencak Silat akan kekurangan siswa dan bahkan mati
Guru Pembina baru yang kebetulan Pelatih Pencak Silat tapi lain perguruan dengan Pencak Silat yang ada disekolah tersebut, membuka lagi kegiatan Pencak Silat yang berakibat Perguruan yang lama akan kekurangan siswa dan bahkan mati.
Tidak adanya Perguruan-perguruan mempunyai program, materi latihan yang standard.
Melihat perkembangan Pencak Silat yang begitu pesat di Jawa Barat, Banten , Sumatera Barat dan Sulawesi Barat , Ternyata tidak lepas dari usaha-usaha Pemerintah Daerah disana memasukan Pencak Silat dalam muatan lokal di pelajaran disekolah dari SD, SMP, SMA/SMK sampai Perguruan Tinggi serta membentuk PPLP untuk atlit Pencak Silat.
Foto : Ian Syamsudin
Hal ini perlu dilakukan juga di Jakarta, apalagi Bapak Fauzi Bowo Gubernur DKI Jakarta terpilih dan juga sebagai Ketua Umum IPSI DKI Jakarta yang juga Putra Betawi. Pencak Sebagai Budaya Betawi pada khususnya ( Lihat acara Buka Palang Pintu saat upacara perkawinan, Latihan silat setelah selesai mengaji, dll ) dan Budaya Indonesia pada umumnya perlu dilestarikan dengan memasukan Pelajaran Pencak Silat di Muatan Lokal (MULOK) dari SD,SMP,SMA/SMK
hingga Perguruan Tinggi.Perlu diketahui juga, di Malaysia Pencak Silat sudah dicanangkan sebagai olahraga Kebangsaan disana dan wajib dipejalari.
Dengan adanya hal ini kita sudah dapat melestarikan Pencak Silat dan sekaligus memberikan lapangan pekerjaan kepada Pelatih pelatih Pencak Silat.Jangan sampai ada pertanyaan Apakah Pelatih Pencak Silat Siap? Tapi berikan kesempatan dulu sehingga dapat dijalankan karena sudah ada Perguruan-perguruan yang dapat melakukan hal ini.
Insan Pencak Silat DKI Jakarta sangat berharap besar kepada Bapak Fauzi Bowo dan saya yakin Bang Foke akan memperhatikan hal ini dan beliau sangat peduli atas perkembang Pencak Silat dan ini pernah beliau sampaikan saat membuka MUSDA PSN.Perisai Putih DKI Jakarta tahun 2003 di Srengseng Sawah Jakarta Selatan.
Kita tunggu.
Wassalam
Sudirman Yan. Pengurus dan Pelatih PSN.Perisai Putih DKI Jakarta
Sumber: http://silatindonesia.com
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 20:59
Peranan ulama dalam silat
Sabtu, 2009 Oktober 10
Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
MAT Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris.
BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya.
Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.
Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Al-Mu'azat.
Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.
Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang unutk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah.
Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air.
Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:
*silat menggunakan qalam/pena,
*silat kalam/lidah,
*silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah
*silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.
Pelajaran silat dalam Kerajaan Pontianak
Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip "Syair Kerajaan Pontianak".
Kerajaan Pontianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak.
Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka.
Syair Kerajaan Pontianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Pontianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Pontianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:
Setelah sudah berperi-peri,
baginda berangkat lalu berdiri
Panggilkan Mat Raiyat suruh ke mari,
serta dengan Wan Bakari.
Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,
kepada baginda tunduk menyembah
Dengan segeranya baginda bertitah,
Adalah sedikit hendak diperintah.
Baginda tersenyum seraya berkata,
Jikalau suka rasanya cita
Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,
diajarkan silat bermain senjata.
Tuan ajarkan padan-padan,
boleh dilihat usulnya badan
Bagaimana di dalam contoh teladan,
yang mana patut main di medan.
*Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.
Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.
Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab.
Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu.
"Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.
"Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).
Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.
Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ..." berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.
Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu.
Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).
Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.
Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.
Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...".
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.
Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.
Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.
Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani
Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:
lFaedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.
lFaedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.
lFaedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.
lFaedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.
Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu "Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru ... "Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.
Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli.Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98). Selengkapnya lihat
Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:
*Belajar secara fizik di gelanggang.
*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.
Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.
Silat Al-Mu'azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu'azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).
Kesimpulan dan penutup
Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:
lSeni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.
lIlmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
lUlama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.
lUlama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.
Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.
Sumber: Bicara Agama Utusan Malaysia
posted by Seni Silat Harimau Bentara Garang @ 19:54
Ahad, 2009 September 13
Silaturrahim
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ayyub r.a. berkata: "Seorang Badwi menhadang Nabi Muhammad s.a.w. dan memegang kendali untanya lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku apakah yang dapat mendekatkan aku kesyurga dan menjauhkan diriku dari api neraka?" Jawab Baginda s.a.w.:"menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata: "Pada suatu waktu petang hari Arafah kami bersama Baginda s.a.w.tiba-tiba Baginda s.a.w.bersabda: "Jangan duduk bersama kami siapa yang memutuskan hubungan kekeluargaan, supaya bangun dari tengah-tengah kami." Maka tidak ada orang kecuali seorang dibelakang Baginda s.a.w.sendiri, tetapi tidak lama ia kembali maka ditanya oleh Baginda s.a.w.: "Mengapakah engkau , sebab tidak ada orang yang bangun kecuali engkau?" Jawabnya: "Ya Rasulullah, ketika saya mendengar sabdamu itu, segera saya pergi kerumah makcikku yang memutuskan hubungan dengan aku, lalu dia bertanya: Mengapa kau datang, ganjil sekali kedatangan mu ini?" Maka saya beritahukan apa yang saya dengar daripadamu, maka ia membaca istighfar untuk ku dan aku juga membaca istighfar untuknya." Baginda s.a.w.bersabda: "Bagus engkau, duduklah sekarang sebab rahmat tidak akan turun pada suatu kaum jika ada diantara mereka seorang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."